Header Ads

ads header

Flash News

Habis semasa membuat manifesto nak jatuhkan BN, tak tahu ke BN itu rosak teruk?


Dr Mahathir: Kerosakan BN sukarkan janji 100 hari HARAPAN
Kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.

Katanya kerosakan-kerosakan ini telah menyulitkan usaha-usaha Pakatan Harapan untuk menunaikan 10 janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari.

"Kita mencapai kemenangan yang membawa bebanan yang besar. Sebelum itu kita tidak tahu setakat mana kerosakan itu,” katanya semasa berucap di majlis berbuka puasa bersama rakyat Langkawi di Masjid Al-Hana di Langkawi.

Ini merupakan majlis pertama rasmi Tun Mahathir di sini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Tun Mahathir sendiri memenangi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya itu dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad.

Dr Mahathir yang turut diiringi isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di majlis itu turut menyatakan penghargaannya kepada pengundi di Langkawi kerana memilih Pakatan Harapan dalam PRU14.

Katanya PRU14 telah menyebabkan perbalahan politik semakin meningkat tetapi suasana ini tidak boleh menyebabkan hubungan sosial di antara anggota masyarakat tergugat.

“Saya harap dengan selesainya pilihan raya ini masyarakat di Langkawi dapat bercantum semula. Janganlah jadi terlalu marah sehingga tidak dapat berbaik semula,” katanya.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang itu, beliau bersama isteri dan Mukhriz turut menyampaikan sumbangan Yayasan Islam Negeri Kedah kepada golongan yang memerlukan di Langkawi.

Dr Mahathir tiba di Langkawi petang ini dari Kuala Lumpur dan memulakan acara rasminya dengan mengadakan pertemuan dengan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Persatuan Hindraf di Langkawi.

- Bernama

MR
: Semasa rakyat bersama Pakatan Harapan memang rakyat dah tahu BN rosak teruk dan itu rakyat bagi sokongan penuh kepada PH, walaupun pun jenteran PH taklah hebat mana. Rakyat percaya kepada janji manifesto kerana BN sudah rosak perlu dibuang. Takkan semasa membuat manifesto pimpinan Harapan tak faham. Kenapa perlu menipu kami setelah memang? Jangan ulangi perangai BN lalu dan PH menjadi BN 2.0


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

11 ulasan:

  1. Ni bukan masa nak bagitau kerajaan dulu terlalu teruk rosaknya sedangkan beliau sendiri telah memimpin kerosakan itu lebih dari 22 tahun.

    Ni masa kerajaan baru bertindak membetulkan kerosakan yang telah berlaku bukannya menambah dan menambah kerosakan. Masih x habis lagi menjaja sana rosak sini rosak semacam berdalih dan perasan terlampau suci.

    Rakyat sudah muak dengan sajian era lama, rakyat malaysia menuntut penambahbaikan dalam semua aspek dan janji2 manifesto PRU 14 tempoh hari.

    Jgn digadaikan lagi maruah dan kedalautan negara dgn isu Pulau Batu Puteh, hapuskan kronisme. Dasar politi PM 4 dulu telah manaikkan taikun2 ca ya nun alip... jgn diulangi skrip pemerintahan cara lama.

    BalasPadam
  2. Ingatkan Malaysia sudah matang berpolitik rupanya ditakuk psling bawah.Start working la jangan dok complainining yang menjatuhkan lagi ekonomi malaysia.Jangan bagi rakyat menyesal bagi peluang kepada Pakatan Harapan sebab rakyat dah rasa Punah Harapan.

    BalasPadam
  3. mari kita bina smula kronisme, nepotisme, pemutihan dosa dosa dan nisme2 yg lain

    BalasPadam
  4. Negara kearah kehancuran tiada lagi kestabilan politik abang non pun lepas raya nak bertanding di Permatang Pauh untuk menyekat kemaraan tun madey yang kroni didahulukan anak diutamakan.

    BalasPadam
  5. Orang yang menuduh wanita yg soleha berzina tanpa saksi,hukumannya ialah 80 rotan.Selepas Allah melarang untuk mempercayai kata-katanya lagi.

    BalasPadam
  6. RAKYAT TELAH DAN SEDANG DIKENCING HANCING !

    Pemimpin-pemimpin dan cybertrooper pakatan telah 'kencing' rakyat dengan pelbagai janji dalam manifesto pakatan semasa PRU 14 konon semua janji itu akan dilaksanakan sebaik sahaja pakatan memenangi PRU14.

    Bila pakatan sudah menang, pemimpin-pemimpin rejim pakatan telah mencipta pelbagai alasan dan membesar-besarkan kesalahan kerajaan UMNO-BN dengan menjadikan kerajaan UMNO BN sebagai kambing hitam sebagai alasan untuk rejim pakatan tidak melaksanakan semua janji pakatan semasa PRU14.

    Konon rejim pakatan tidak mampu melaksanakan semua janji pakatan kerana rejim pakatan kekurangan wang dan hutang kerajaan mencapai RM1 trillion sedangkan fakta menunjukkan hutang sebenar hutang sebenar kerajaan adalah RM686.8 bilion atau 50.8 peratus KDNK.

    Yang amat menghairankan kita ialah bagaimana boleh rejim pakatan sponsor RM40 juta untuk bolasepak dunia dan sebilangan pihak mendakwa pembangunan Projek Bandaraya Baharu Langkawi yang bernilai kira-kira RM30 billion di Langkawi.

    Apakah merti semua ini? Bukankah ini bererti pengundi-pengundi pakatan telah dikencing hancing berulang kali oleh rejim pakatan? Bukankah ini sifat munafik?

    Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat dan melindungi negara ini dari puak-puak penyamun.

    BalasPadam
  7. mana ust nik amar yg kata ph settle utang then baru kite take over... wa rase kita amek kedah pahang saja dulu kot... federal 5 tahon lagi pon tak abih utang tuu dok tambah lagi ada... perlis ... tak payah lagi laa... raja pon senang2 depa kilas ... bahaya org negeri kecik ni..

    BalasPadam
  8. Kerosakan tu secara kasar sahaja. Rupanya secara halus makin parah yg mungkin mengbankrapkan negara. Mujor PH ambilalih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana semua janji pakatan? Sudah ke lautkah semua janji pakatan?

      Padam
  9. Itulah kelemahan manusia berasa hebat... Allah telah mengaturkan setiap sesuatu dgn ilmuNya kita sebagai hamba yg sungguh sedikit ilmu.. perlu berusha berdoa dan bertawakkal kpd Allah oleh itu percayalah Allah telah membuka jalan kpd pencinta2 agamaNya utk terus melangkah menuju kemenangan yg telah dijanjikan Allah... aamiin takbirr... Pas akan dimenangkan Allah insya Allah istiqomah menuju kemenangan

    BalasPadam