Header Ads

ads header

Flash News

Gerakan “Third Force” & Kalimullah untuk halang Anwar menjadi PM?


Sebelum ini saya ada membuat catatan dalam blog ini mengenai wujud satu team yang diseliakan oleh Kalimullah yang mana dia awal sebelum ini porpular sebagai orang KJ yang menjadi antara punca kejatuhan Abdullah Badawi. http://chegubard.blogspot.com/2018/05/hello-kalimullah-jentik-jentik-cubaan.html Untuk pengetahuan semua , ramai tidak mengetahui selepas pengunduran Abdullah Kalimulah selain terus rapat dengan KJ , dia juga berteduh dibawah payung Muhiyuddin.

Dari sumber dalaman yang sahih saya difahamkan dan sangat percaya wujud satu gerakan yang dinamakan “Third Force” oleh pihak yang bercita tinggi dalam politik dan golongan ini bertujuan untuk melaga - lagakan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim supaya peralihan kuasa untuk Anwar jadi PM dalam masa 2 tahun ini gagal. Puak ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Ahli Parlimen. Kumpulan ini juga dengan dana yang besar telah mengumpulkan 'cybertrooper' berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak. Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti.

Setelah diselidiki 'cap jari' Kalimullah dikesan dibanyak tempat. Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang. Gerakan “Third Force”  ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik.

Ramai anggota PKR dan aktivis reformasi 1998 mahu kekal kedudukan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di dalam parti PKR. Kami juga mahu kekal kedudukan 3 pemimpin tertinggi didalam Pakatan Harapan iaitu Anwar sebagai Ketua Umum, Wan Azizah sebagai Presiden dan Mahathir sebagai Pengerusi.

Kalimullah dan anggota juga perlu tahu bahawa janji Pilihanraya PH kepada rakyat adalah Mahathir cuma sebagai PM sementara sehingga Anwar ambil alih. Ini janji Pilihanraya yang dibuat kepada rakyat sama saperti janji GST dan lain lain.

Ramai sebenarnya sokong penuh dengan pendapat Rafizi Ramli bahawa PH menang bukan atas faktor Mahathir semata - mata. Jika faktor Mahathir maka sudah pasti Pribumi menang 50 kerusi Parliamen dan bukan hanya 12 kerusi Parliamen saja. Pihak Kalimullah dan “Third Force” nya perlu terima hakikat sebenar dan jangan ingat yang jawatan Perdana Menteri hak mutlak parti Pribumi.

Memahami demokrasi yang semakin terbuka maka tiada halangan jikalau Kalimullah mahu jadi business agent atau media hitman kepada Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin selepas KJ bakal kosong kantung terkapai kapai berlawan pemilihan Umno.

Semua perlu berhati - hati supaya memastikan Kalimullah dan agen pemodal tua tidak terlibat dalam urusan pemilihan parti PKR yang akan diadakan pada tahun ini. Ramai mahu peralihan kuasa Perdana Menteri dari Mahathir kepada Anwar berjalan lancar tanpa apa2 gangguan dari mana2 pihak lain seperti yang ramai cita - citakan ke arah perubahan Malaysia.

Ingat dalam 'kejutan kemenangan' kumpulan pemodal tua sedang membuat kerja bagi memastikan perubahan terhenti sekadar bertukar parti tetapi kelompok pemodal sama terus dilindungi.

che'GuBard


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

7 ulasan:

  1. Kita tidak sokong pemimpin liberal menjadi pemimpin Malaysia kerana liberal dan Islam liberal bertentangan dengan ajaran Islam.

    Majlis fatwa kebangsaan telah mengharamkan liberal dan Islam liberal.

    Bahkan kita menolak pemimpin liberal yang menjadi barua atau bone ka Yahudi Zionis. Bahkan dia menyatakan sokongannya kepada rejim pengganas Israel.

    Kita juga menolak pemimpin liberal yang membentuk parti mata iluminati untuk agenda peribadi (bukan agenda rakyat) iaitu membebaskan dirinya dari penjara.

    Kita juga menolak pemimpin liberal yang pernah menjadi pemimpin NGO Islam mengutuk UMNO kaw kaw tetapi selepas itu dia buat u-turn dengan menyertai UMNO sambil berkata dua tidak melihat sebarang masalah dalam UMNO.

    Kita menolak pemimpin liberal yang pernah dipenjarakan kerana kesalahan jenayah seksual.

    Kita mahu ulama Islam dan parti Islam PAS yang mempunyai rekod bersih memerintah negara ini.

    BalasPadam
  2. nak bagi pueh nafsu mamat ni seingat aku dah 2 kaa 3 prk kena buat utk tolak dia naik... beropa juta dah hangus duit rakyat, ni nak prk lagi.. bola saja 30j... tabong kena tambah kot tabong harpan si anu anu anu.. siot..

    BalasPadam
  3. ya ALLAH kami berlindung dr BALA yg telah kau timpa pada umat nabi luth

    BalasPadam
  4. Dr M dan Nua dua kali lima sahaja ! Puak liberal.

    BalasPadam
  5. Dulu bukan main kutuk rosmah tk bertudung..najib dayus..skrg isteri pm tk bertudung.ngapa diam..takut kaa.ki ki ki..klu benar2 istikomah..sapu la juga..

    BalasPadam