Header Ads

ads header

Flash News

Gas Asli Bakal Naik Harga Mulai 1 Julai Depan


NAIK LAGI… Di sebalik kadar sifar peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 Jun lalu, harga produk pengguna terus naik tanpa kawalan malah lebih mahal berbanding sebelum ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia bakal dibebankan lagi dengan kenaikan kadar asas gas asli yang lazim digunakan untuk masak di dapur setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) langsung tidak berbuat apa-apa bagi menstabilkan kos.

Media tempatan hari ini melaporkan bahawa isi rumah di Malaysia akan membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ia akan dinaikkan sebanyak 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu).

Menurut kenyataan Gas Malaysia Berhad dalam makluman kepada Bursa Malaysia di ibu negara, kenaikan berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember itu dibuat selepas menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” kata syarikat berkenaan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan bahan api itu selama tiga tahun mulai Januari 2017.

Pelaksanaan IBR sebenarnya akan membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) pada setiap jangka masa enam bulan, lapor media tempatan.

Jelas Gas Malaysia, di bawah mekanisme GCPT, caj ekstra 77 sen per MMBtu akan dilaksana untuk semua kategori disebabkan harga kos gas sebenar yang tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh itu.

“Ini bermakna tarif efektif secara purata pada RM32.69 per MMBtu,” kata syarikat tersebut lagi. Kenaikan itu waima agak kecil dijangka memberi kesan besar kepada trend memasak rakyat di dapur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

8 ulasan:

  1. Masa BN dulu meskipun barang naik tapi Brim naik jugak. Sekarang ini bukan saja barang naik tapi banyak yang Punah Habis, Hampaih yakni tak boleh di HARAP satu sen pun. Ptuih

    BalasPadam
  2. Kena paham sapa di belakang gas malaysia kalau bukan blue-eyed boy tun m iaitu tak lain x bukan syed mokhtar
    Jgn pelik kalu kereta baru nnt pun akan di letak bawah syed mokhtar
    Kehkehkeh

    BalasPadam
  3. Wah tahniah pengundi pakatan kerana berjaya mengekalkan GST, menghidupkan SST 10% kadar cekik darah rakyat, meneruskan pembayaran PTPTN walaupun gaji RM1000 sebulan, mengekalkan tol, mengekalkan harga minyak 95 dan menaikkan harga minyak 97, menambah beban rakyat dengan kenaikan harga barang keperluan rakyat, memecat hakim Melayu dll.

    Wah lge sudah tentu gembira dengan sokongan badut dan pelawak terhadap rejim pakatan.

    Bulan hadapan, pengundi pakatan boleh bayar gas masak pada harga lebih tinggi. Jangan pula membebel seorang diri.

    Nanti PRU15 , rejim pakatan boleh cipta pelbagai janji lagi.

    Kah kah kah kah kah

    Kasihan melihat sebilangan orang Melayu naif, bodoh sombong dan jahil murakkab bangga menyokong parti kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Mereka ini tidak pernah membaca kisah Ahok Jakarta.

    Akhirnya kaum Melayu Islam akan menjadi lebai malang. Menang sorak, kampung tergadai.

    BalasPadam
  4. Dlm pru14 baru2 ni ramai jg ahli pas yg mngundi ph krn tertipu dgn propaganda n fitnah ph..pas kna bg penerangan blk pd mrk..lajnah penerangan kna aktif n ketua penerangan pas kna bg pd org lain..yg skrg lemah

    BalasPadam
  5. Tarif gas lebih tinggi kepada isi rumah mulai Julai

    KUALA LUMPUR: Gas Malaysia Bhd akan menyemak semula tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia bagi tempoh dari 1 Julai, 2018 hingga 31 Disember 2018.

    Pengedar gas asli itu berkata, kerajaan telah meluluskan semakan semula itu pada 12 Jun 2018 melalui surat daripada Suruhanjaya Tenaga.

    Di bawah rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR), yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan selama tiga tahun bermula Januari 2017, perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme Kos Gas Untuk Dilepaskan (GCPT) akan dibenarkan setiap enam bulan.

    Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Gas Malaysia berkata purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per satu juta unit termal British (MMBtu) untuk tempoh enam bulan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018, sejajar dengan pengumumannya pada 28 Disember 2016.

    "Di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan sebanyak RM0.77 per MMBtu akan dikenakan ke atas semua kategori tarif disebabkan kos gas sebenar yang lebih tinggi berbanding kos rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut.

    "Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu," katanya.

    Pada masa ini, purata tarif asas ditetapkan pada RM30.90 per MMBtu.

    Gas Malaysia berkata, walaupun semakan semula tarif itu tidak memberi impak yang ketara kepada operasi perniagaannya, dijangka menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

    Berikut adalah tarif efektif yang disemak semula selepas GCPT berdasarkan penggunaan tahunan:

    - Pengguna kediaman akan membayar RM23.80 per MMBtu.

    - Pelanggan bukan kediaman yang menggunakan sehingga 600 MMBtu setahun akan membayar kadar tarif sebanyak RM30.50 per MMBtu.

    - Penggunaan antara 601-5,000 MMBtu: RM30.65 per MMBtu.

    - Penggunaan antara 5,001-50,000 MMBtu: RM30.96 per MMBtu.

    - Penggunaan antara 50,001-200,000 MMBtu: RM32.26 per MMBtu

    - Penggunaan antara 200,001-750,000 MMBtu: RM32.26 per MMBtu.

    - Penggunaan melebihi 750,000 MMBtu: RM33.32 per MMBtu.


    https://www.bharian.com.my/bisnes/la...ah-mulai-julai

    Gas pipe yg ada kenaikan. Tong 14 kilo seperti biasa.

    BalasPadam
  6. Bila pihak industri membayar lebih untuk gas, impak hiliranya akan tertimpa pada pengguna jua. Pengguna akan membayar lebih untuk produk yang menggunakan gas dalam proses pengeluarannya. Banyak tu.

    BalasPadam
  7. Mengundi pakatan untuk menggulingkan BN adalah seperti lari dari mulut harimau masuk ke dalam mulut ular sawa dan buaya.

    Sekarang semua harga barang dan beban rakyat sedang meningkat di waktu rejim pakatan sibuk mencipta alasan karut untuk menyalahkan pihak lawan.

    Nampaknya rejim pakatan seolah-olah tidak berminat untuk membantu rakyat.

    BalasPadam
  8. Hampa tak pueh ati apa lagi tol 2 days reduce to 50% pi laa makan minum berak tol..

    BalasPadam