Header Ads

ads header

Flash News

Gabungan baru ganti BN mungkin libatkan kerajaan kata UMNO


Calon timbalan presiden Umno Tan Sri Annuar Musa mengulangi gambaran sebuah gabungan baru bagi menggantikan BN.

Gambaran serupa sebelum ini dibuat pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tanpa menjelaskan perkara itu dengan lebih terperinci, anggota parlimen Ketereh itu berpendapat gagasan baru itu mungkin boleh dihasilkan dengan gabungan antara parti kerajaan dan pembangkang.

"BN itu sendiri menjadi perkara yang perlu kita lihat balik. Insya-Allah akan ada bentuk-bentuk gagasan yang baru. Jangan terkejut, gagasan itu mungkin sebahagian kerajaan atau pembangkang sekarang.

"Kerana bila kita lihat, kerajaan yang ada sekarang ini pun merupakan muka-muka, pemain-pemain Umno yang dulu.

"Bila tengok, mereka ini merupakan pemain yang diimport daripada pasukan lama (Umno)," kata Annuar yang memberi analogi sebuah pasukan bola dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini.

Pembangkang berwibawa

Selain itu, dalam wawancara sama, Annuar yang juga merupakan ketua penerangan Umno itu turut memberitahu perancangan sekiranya dipilih menjadi timbalan presiden Umno.

Katanya, beliau berharap selepas pemilihan Umno Sabtu ini, kesemua wakil rakyat daripada parti Melayu itu akan berkumpul untuk diberi penerangan bagaimana menjadi pembangkang yang berwibawa sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

"Kita kena jadi pembangkang yang cukup berwibawa. Bukan hanya berdasarkan retorik, dendam. Sebab itu saya berharap selepas pemilihan 30 hari bulan (Jun) nanti, insya-Allah saya kalau saya dipilih bersama presiden nanti, kita akan himpunkan wakil rakyat daripada parlimen dan DUN.

"Kita kena beri garis panduan yang jelas, apakah pembangkang daripada Umno. Kita tidak mahu pembangkang yang dendam dan pembangkang yang semata-mata membangkang.

"Kalau (perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) atau kerajaan Pakatan Harapan lakukan sesuatu yang baik, kita sokong. Mana yang perlu tegur, kita akan menegur," ujar Annuar.


MR : Tidak mustahil UMNO akan bertaut semula dengan bekas-bekas UMNO. Kalau Anwar boleh maafkan Mahathir yang telanjangkan dia, takkan demi kuasa setakat berbalah rebut kuasa tak boleh berbaik....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Bila saja federal tidak dipimpin oleh parti melayu, macam2 perkara negatif timbul (ekonomi jatuh, petrol naik, barang pun naik, bla3).

    Ini saja membuktikan parti itu ada keupayaan meniadakan yang negatif. Namun parti dijalankan oleh insan dan insan tiada yang sempurna.

    Kalau pm:4 ptg boleh mengaku ketidak sempurnaan lalu dapat peluang kedua setelah menyusun sepuluh jari tak mustahil parti itu juga dapat peluang sama.

    Peluang ini mungkin hadir kalau selepas ini parti melayu pioneer bersungguh menyususun sepuluh jari atau lebih.

    BalasPadam
  2. Kita sokong UMNO berkerjasama dengan parti Islam PAS pimpinan ulama untuk menggulingkan rejim pakatan liberal-kafir harbi dalam PRU14 jika ahli UMNO membuang semua kepala bapak sekular dan melantik pemimpin pro-Islam memimpin UMNO , ahli dan pemimpin UMNO kembali kepada Islam dan UMNO menjadikan Islam sebagai perlembagaan UMNO.

    Jika semua cadangan ini tidak dilaksanakan, UMNO mungkin akan pupus dan tidak relavant.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Kita sokong UMNO berkerjasama dengan parti Islam PAS pimpinan ulama untuk menggulingkan rejim pakatan liberal-kafir harbi dalam PRU15

      Padam