Header Ads

ads header

Flash News

Dua watak Dol Keropok selepas PAS


DOL Keropok adalah watak penting yang pernah menjadi pimpinan penting semasa dalam PAS dan selepas keluar dari PAS menjadi jurucakap lawan mengenai PAS.

Ada dua Dol Keropok yang seakan-akan sama wataknya dalam sepanjang sejarah PAS.

Mula-mulanya disangka satu watak itu saja yang terjadi kira-kira selepas tahun 1964 dulu. Rupanya menjelang patahnya kuasa Barisan Nasional ada juga watak itu lagi. Peranannya dalam politik lebih kurang sama.

Dol Keropok yang pertama boleh dikira orang penting mempromosikan PAS selepas tertubuhnya Parti Islam Se-Tanah Melayu itu. Dia pernah menjadi pentadbir utama parti itu dan pernah juga mengepalai jentera publisitinya yang penting.

Memang dia orang penting yang berjasa yang dikenal oleh semua dan disegani oleh semua. Hebatnya perjuangannya hingga terpilih menjadi anggota Parliman PAS dalam PRU tahun 1959.

Dalam PRU pertama sebelum merdeka dia sudah menjaadi seorang dari sebelas calon parti itu. Semua tahu seorang saja calon PAS menang iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husein di Kerian.

Tahun 1959 dia dicalonkan lagi. Masa itu PRU tidak serentak. Pilihan raya Negeri-Negeri dulu. Selepas itu baru PRU pusat. Keputusan PRN itu PAS berjaya di Pantai Timur saja. Beberapa orang penting dari Pantai Barat diletakkan di Kelantan dan Terengganu termasuklah Dol Keropok. Ini mencerminkan pentingnya Dol Keropok dalam PAS. PAS dari Pantai Barat diterima jadi calon di Pantai Timur dan dia menang.

Dia seorang diri pembahas rang undang-undang pembentukan Malaysia.

Lepas itu dia keluar PAS dan Umno terima pula jadi calon Perikatan. Nasib memihak kepadanya.

Sebagai MP Perikatan kerjanya mengganti Umno mentakwil PAS baik dalam Dewan Rakyat dan di luar dewan. Senanglah Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri dan timbalannya Tun Razak kerana kerja utamanya seolah-olah mempertikai hujah MP PAS.

Boleh dikira penyokong Perikatan yang penting di Parlimen menghujah buah fikiran MP PAS.

Hingga Dato’ Asri Muda sebagai seorang MP PAS pernah menyindir, betapa Yang Berhormat itu adalah jurucakap kerajaan tentang PAS.

Setelah lama Dol Keropok tiada ada lagi orang penting PAS jadi Dol Keropok yang baru, macam patah tumbuh hilang berganti. Watak kedua ini pun penting dalam PAS. Seperti Dol Keropok yang pertama, memilih sendiri untuk berada di luar PAS.

Tidak dipastikan Dol Keropok pertama mengira dia menyambung perjuangan Islam melalui wadah lain, tetapi watak kedua Dol Keropok meletak keutamaan kepda perkhidmatan kepada rakyat.

Oleh kerana Umno sudah hilang peranan selepas PRU14 tiada apalah sejarah Umno untuk diperkata. Yang ada sebagai penyokong kerajaan baru pula untuk dijawab ialah PAS juga.Kebetulan PAS jadi pembangkang juga baik dalam kerajaan lama mahupun kerajaan baru.

Bila PAS buka mulut Dol Keropak baru pun komen. Jurucakap lawan terhadap hal ehwal PAS juga.

Hari-hari akhir Dol Keropok suka kalau dapat bercakap selalu dengan al-marhum Ustaz Hassan Shukri, orang penting PAS yang mati dalam PAS. Dia dikatakan lebih senang berkongsi pandangan dengan rakan PAS lamanya.

Watak kedua baru dalam pengalamannya. Allah saja tahu masa depannya.

SUBKY LATIF

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

6 ulasan:

  1. Dol jadi Dol keropok bila keuntungan dijadikan dorongan untuk terus menjaja dan menjaja meskipun apa yang dijaja adalah berupa maklumat dalaman. Ia itu maklumat yang menyalahi etika untuk di jaja secara terbuka. Apapun ketiadaan Dol, kalau dilihat secara positif telah mengurangkan bilangan parasit, opportunis dan pemusnah dalam perumah.

    BalasPadam
  2. Tx payah dok sindir...PAS berdakwah kepada masyarakat non-muslim berapa ramai dah memeluk Islam...ada sampai 100 ribu orang tak...sejak penubuhan PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun nak tahu juga sejak PKR, PAN dan Bersatu ditubuhkan, ada sampai 1 ribu orang tak memeluk Islam?

      Jika puak sekular liberal sibuk menentang atau menghina ajaran Islam, orang kafir semakin menjauhi Islam.

      Satu jari kamu menunjuk orang lain, 3 jari kamu pula menunjuk diri kamu pula.

      Padam
  3. Puak munafik telah wujud di zaman Rasulullah s.a.w. dan mereka sentiasa berusaha untuk sabotaj perjuangan Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam.

    Oleh sebab itu kita tidak merasa hairan melihat puak munafik sekular liberal sanggup bersekongkol dengan puak kafir harbi menentang dan menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam.

    Kita juga tidak merasa hairan melihat seorang mofti dari utara yang bersekongkol dengan puak liberal dan seorang ostad yang melantik dirinya sendiri menjadi 'pakar' hadis menghina dan memburuk-burukkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam.

    Kita juga tidak terkejut melihat seorang pensyarah Islam liberal menghina nabi konon nabi pun akan letak jawatan kerana tidak mampu melaksanakan tugas yang berat.

    Dan spesies ulama su' ini berada dalam pakatan.

    BalasPadam
  4. Tugas pendakwah Islam sekarang telah bertambah kepada dua..pertama mengajak orang Islam balik kepada ajaran Islam semula..kedua mengajak orang bukan Islam memeluk Islam...yang jadi masaalah ialah dakwah yang pertama.. sebahagian tentangan itu datangnya dari umat Islam yang tidak suka kepada ajaran agama mereka sendiri..pelbagai dalih serta helah dilakukan seperti dakyah sesat,memperkudakan ilmuan agama yang mesra liberal,memfitnah para ulama,mempersenda dasar dasar Islam dan pelbagai lagi. Umat Islam sesetengahnya melihat suruhan dan larangan agama sebagai musuh atau sesuatu yang asing akibat kejahilan mereka sendiri..ramai yang tidak mengamalkan rukun Islam terutamanya solat...ramai yang mencari solusi berdasarkan akal serta nafsu..biarpun dalam Islam telah diberitahu jalan penyelesaiannya...yang paling penting kebanyakan sang penguasa gagal hidup atau menyuruh rakyat menurut kehendak Islam,penguasa mencintai hiburan,maksiat,kemewahan,pembaziran,menipu rakyat,membeli sokongan serta melepasi undang undang melalui kuasa yang ada...apabila umat Islam sendiri tidak comply dengan kehendak Islam atau mengamalkan ajaran terpilih dan mengutamakan sesuatu tanpa turutan kepentingan yang patut didahulukan..akhirnaya orang bukan Islam melihat umat Islam dari sudut yang gagal,suka bergaduh,berperang,masaalah sosial,kemiskinan,berpuak puak,banyak meruntuh atau menentang dari memberi sokongan serta menolong. Islam berhadapan dengan ancaman musuh dalaman iaitu kaum fasiq,zindiq,munafiq dan musuh luaran yakni kaum yahudi dan kafir yang menunggang kuasa besar dunia hari ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan tuan...komen yg tx menghina orang.

      Padam