Header Ads

ads header

Flash News

Dr Mahathir sindir saya kata KJ


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin langsung tidak menganggap saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno sebagai sesuatu yang serius.

Sebaliknya, beliau berkata Dr Mahathir bertujuan menyindirnya.

“Tun Dr Mahathir, dia selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Dr Mahathir berpandangan Khairy yang juga bekas menteri belia dan sukan itu adalah calon yang paling layak untuk kembali memperkasakan Umno.

Katanya, Umno kini dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti selepas kehilangan kuasa kerajaan persekutuan dan di kebanyakan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jumaat lalu, Khairy menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

4 ulasan:

  1. KJ juga turut bertanggung-jawab ke atas kekalahan UMNO BN.

    Sebaik-baiknya ahli UMNO memilih pemimpin-pemimpin baru untuk memimpin UMNO ke arah Islam dan membentuk UMNO sebagai parti yang telus dan mempunyai integriti.

    UMNO BN juga perlu berkerjasama dengan PAS untuk menggulingkan rejim pakatan sekular liberal-kafir harbi dalam PRU kerana rejim pakatan memandang remeh kepada hak agama Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  2. KJ reply la balik.. "saya rasa TUN M yang paling sesuai utk jawatan Presiden UMNO tu.."

    BalasPadam