Header Ads

ads header

Flash News

Di Mana Ting Pek Khiing Dapat RM30 Bilion?


Di depan jaja negara banyak hutang dan kutip derma dari poket rakyat untuk bayar hutang, di belakang diam diam kroni Mahathir, Ting Pek Khiing hendak buat projek RM30 billion di Langkawi.

Jutawan Tan Sri Ting Pek Khiing yang mendiamkan diri selama 16 tahun telah dilaporkan akan melaksanakan projek pembangunan bernilai RM30 bilion di Langkawi.

Projek yang dikenali sebagai Projek Bandaraya Baharu Langkawi itu akan dibangunkan di atas 81 hektar tanah yang ditebus guna di barat pulau berkenaan.

Pengumuman itu nyata mengejutkan kerana tiba-tiba nama jutawan dari Sarawak itu muncul semula. Rakyat Sarawak tahu kisah projek Bakun dan Ting Pek Khiing ini.

Ia lantas mencetuskan persoalan dari mana wang sebanyak RM30 bilion itu akan diperolehi dan adakah ia melalui dana dari luar?

Adalah penting bagi rakyat Malaysia mengetahui mengenainya kerana ketika rakyat Malaysia sedang menderma kepada Tabung Harapan yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mengatasi hutang negara, maka adalah penting setiap projek didedahkan dengan teliti.

Bukan itu sahaja,  terdapat juga kebimbangan mengenai kesan kepada alam sekitar apatah lagi ia melibatkan rancangan tebus tanah.

Meskipun Ting memberi jaminan bahawa projek itu direka untuk memelihara persekitaran semula jadi di situ, namun setakat mana kita boleh berpegang kepada janji berkenaan?

Siapa yang membuat kajian mengenai kesan kepada alam sekitar berkenaan? Adalah penting kajian itu didedahkan kepada masyarakat.

Bagaimana pula projek berkenaan boleh memberikan faedah kepada penduduk setempat?

Inilah yang menjadi persoalan ketika ini kerana pengumuman dibuat dalam masa 100 hari kerajaan Pakatan Harapan berkuasa.

HSR dan MRT3 dibatal kerana dikatakan tidak bawa faedah pada rakyat. Jadi projek RM30 billion di Langkawi ini berapa ramai yang dapat faedah?

Benarkah dapat faedah atau akan jadi sebahagian projek gajah putih seperti bangunan bangunan terbiar lain yang sedia ada di Langkawi?

Orang Langkawi Yang Sangsi

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. Yang terkaya diberi monopoli importan gula selama puluhan tahun

    Yang 'lahir semula' di letakkan sudu perak di dalam mulut

    Yang kuat menyokong dijanjikan pemansuhan tol yang tak kunjung tiba

    Waa!!waaa!!!waaaa!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa!!waaa!!!waaaa!!!!
      Aku dah kaya....KAYA LAGI AKU!!! Yahooo......

      Padam