Header Ads

ads header

Flash News

Daripada mana datangnya duit untuk Najib & Rosmah berbelanja?


Hari ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh mendedahkan barangan rampasan di hartanah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lepas bernilai RM686.37 juta, tetapi nilainya dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion.

Polis berkata mereka belum mengesahkan sama ada wang tunai yang dirampas di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak adalah milik Umno, seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Kami tidak tahu sebab tiada tulis 'Umno' (pada wang tersebut)," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media hari ini.

Walau bagaimanapun polis juga tidak dapat mengesahkan wang dan barang rampasan itu ada kaitan dengan 1MDB kerana tiada juga tertulis "1MDB" (sekadar joke aje).

Menggingati Imelda Marcos


Siri rampasan barangan mewah dipercayai milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat Filipina kepada rampasan yang sama terhadap bekas presiden negara itu, Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda.

Rosmah yang kini digelar “Imelda wannabe” dan “Imelda Marcos of Malaysia” oleh media antarabangsa tidak mempunyai banyak beza dengan isteri bekas presiden itu yang gemarkan gaya hidup mewah.

Sistem Kehakiman dan Pencegahan Rasuah Gagal

Kemewahan serta sifat keborosan Najib dan Rosmah sangat mengaibkan dan cukup memalukan negara kerana kekayaan yang dimiliki menunjukkan betapa rosaknya sistem dalam negara kita yang ada semua institusi dari kehakiman sampailah pencegahan rasuah tidak beroperasi dengan betul.

Harta rakyat diambil secara tidak betul melalui projek kerajaan yang mana parti pemerintah dan pimpinannya membolok kekayaan tersebut sehinggakan tanah, sumber kekayaan dan lain-lain menjadi hak milik pimpinan secara rakus.

Najib kena jawab

Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab kepada pihak berkuasa mengenai barangan mewah dengan nilainya boleh mencecah RM1.1 bilion yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan beliau.

Kes Najib masih dalam siasatan pihak berkuasa dan mana-mana pihak tidak boleh mendahului siasatan polis dengan mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman dan kritikan. Selagi Najib tidak didapati bersalah, kita tak boleh memandai mengatakan bersalah hanya melihat kepada laporan daripada pihak kerajaan Pakatan Harapan.

Pendedahan-pendedahan dibuat tanpa sebarang tangkapan atau tuduhan di mahkamah hanya merupakan satu perbuatan membina persepsi sahaja.

Saya setuju dengan PAS, yang mengatakan bahawa jika orang itu bersalah sekalipun tidak wajar didedehkan keaibannya. Mungkin pendedahan ini untuk memberikan pengajaran kepada rakyat tentang sikap boros dan rakus pimpinan UMNO selama ini yang berkuasa lebih daripada 60 tahun.

Rasional dari segi rampasan dan nialainya

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan terutamanya barang-barang kemas yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik. Katanya ada barangan sudah berusia lebih daripada 20 tahun mempunyai nilai yang berbeza dengan harga pasaran sekarang.

Ada beberapa isu yang perlu kita perhalusan dalam perbahasan mengenai rampasan ini.

1. Usia barangan tersebut, seperti saya sebut di atas.

2. Adakah barangan itu merupakan hadiah atau pembelian? Jika hadiah saya rasa tak ada beza dengan Tun Mahathir yang 22 tahun menjadi PM sebelum ini. Dia pulangkan 24 buah kereta kepada kerajaan dan sebahagian kereta masih ada padanya. Termasuk kereta Jaguar XJ yang dipandunya semasa ribut. Itu baru kereta belum lagi barangan lain. Mahathir pernah dapat hadiah 40 ekor kuda spesial.

3. Adakah barangan itu semuanya milik Najib dan Rosmah? Atau milik orang lain Datin Cindy Lim Pavilion, anaknya atau menantunya?

Siapa Najib selain daripada bekas MB Pahang dan bekas PM?
 


Bagaimana Goh Tong, tokey judi bermula? Dalam memoirnya My Story kita mendapati beliau bertemu PM Tunku Abdul Rahman terlebih dulu untuk menyempurnakan cita-citanya di Mohd Noah Omar adalah oran g tengah. (Noah Omar adalah datuk Najib Tun Razak dan Hishammuddin Tun Hussein. Tun Razak dan Tun Hussein, kedua-duanya adalah menantu Noah Omar) 

Goh Tong menerangkan konsep pembangunan di Gunung Ulu Kali sebagai pusat percutian. Mungkin Goh Tong sudah mengetahui hasrat Tunku untuk membangunkan kawasan itu dan beliau bijak mengambil peluang tersebut.

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,800 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong.

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.

Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Siapa yang menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.

Kalau Noah mati, harta dan saham akan berpindah kepada anaknya ibu Najib dan Ibu Hishamuddin. Kalau Ibu Najib meninggal, harta itu dapat kepada Najib dan adik beradiknya.

Agak-agaknya berapa duit harta judi genting tu Najib dapat?
Bukan judi sahaja, duit tanah rakyat jadi milik mereka?
Itu baru satu projek. Takkan satu aje projek sepanjang hayat Tun Razak jadi PM? Sebelum PM dia dah berikan kepada Noah tanah... bila jadi PM lagilah..

Perbandingan Najib dan Mahathir

Mahathir ada menulis, dia lahir sebagai anak seorang guru (ini kira orang berada juga zaman dulu), bawa duit 20 sen ke sekolah (saya sendiri bawa duit 5 sen aje, sedangkan saya lebih muda daripada Mahathir). Dia tak mampu nak beli mee mamak kerana harga mee mamak 50 sen.

Mukhriz lahir sebagai anak PM, pasal itu dia tak tahu harga daging RM30 sekilo, dia ingat RM18 sekilo. Yang hairannya anak Mahathir boleh jadi jutawan Melayu kedua terkaya di Malaysia.

Najib lahir sebagai anak PM. Kalau Najib mewah itu memang perangai UMNO sebab bapa mereka kebas duit dan harta rakyat (termasuk Mahathir).

Saya setuju dengan tulisan Raja Petra;
What the hell is the CCID Director Amar Singh a.k.a. Auta Singh trying to do? Who the hell cares about how much property Najib Tun Razak has? After all, Najib’s grandfather was one of the founders of Genting Group 53 years ago, which is now worth about RM160 billion and earns about RM10 billion a year.

Tun Dr Mahathir Mohamad said Najib stole RM42 billion of 1MDB’s money. He knows this because the MACC had already established this indisputable fact four years ago in 2014 and the evidence is air-tight.

In today’s press conference, that Bhai went on and on about Najib’s valuables being probably RM900 million or RM1.1 billion or RM1.5 billion or RM2 billion. Never mind even if it is RM10 billion. The question is, was this paid for by money stolen from 1MDB?
Bukan saya setuju dengan kemewahan Najib dan Rosmah. Malah saya percaya semua pimpinan UMNO dan bekas pimpinan UMNO adalah perompak wang rakyat.

Hanya saya jelek dengan permainan politik membodohkan rakyat (bahasa sekarang "kencing"). Kita tak mahu perdedahan kekayaan Najib mempengaruhi persepsi rakyat. Yang kita mahu bila Najib nak dibicarakan atas tuduhan 1MDB?

Bila?


ABBAS MOHD NOOR






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. nmpk mcm siri pembunuhan karektor dari team chedet...semua politikus mmg perompak cuma jgnlah smpi menghina intelek sebahagian rakyat...yg sebahagian rakyat nak jadi bebal tak sudah biarkn mereka terjun dgn labu2nya...

    BalasPadam
  2. Dengan gagasan lama jadi punahsihat pakatan Hancing, dan dengan pengalaman yang dikumpul selama puluhan tahun, isu Kleptokrasi berpilih2 tentunya sebahagian dari drama bersiri bagi mengalih pandangan rakyat daripada manifestasi manifesto yang digantung tidak bertali. Dan ianya amat terang yakni tak perlu di suluh-suluh.

    BalasPadam