Header Ads

ads header

Flash News

Cadang lantik Tommy sekali lagi Harapan langgar manifesto


Timbul kekecohan ketika ini dikatakan berlaku krisis antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan institusi Raja berhubung isu perlantikan Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas.

Pendirian Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya sekali lagi membakul sampahkan manifesto mereka sendiri. Dalam Buku Harapan, dinyatakan dengan jelas PH akan melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan seterusnya menjadi menteri undang-undang.

Kita tidak mempertikaikan kehebatan Thomas dalam bidang ini.  Yang kita pertikaikan adalah PH sekali lagi membakul sampahkan manifesto mereka sendiri. Dalam buku harapan, dinyatakan dengan jelas PH akan melantik AG dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan seterusnya menjadi menteri undang2. Adakah Thomas ahli parlimen? Takkanlah nak beri alasan tak boleh patuhi janji ini kerana hutang RM 1 trillion?


Ahli Parlimen PH sendiri nampaknya risau dengan situasi ini. Kenyataan Saifuddin Abdullah menunjukkan kebimbangan tersebut.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

5 ulasan:

  1. Pengalaman dan kepakaran berkait rapat. Contohnya NGO yang bertahun2 jadi kaki bodek, kepakarannya adalah membodek.

    Begitu juga NGO yang bertahun2 jadi kaki tempik dan kritik, kepakarannya adalah tempik dan kritik.

    Adalah sukar untuk kaki bodek tetiba jadi kaki tempik dan kritik atau kaki tempik dan kritik tetiba jadi kaki bodek.

    Kesukaran serupa juga tentunya akan dialami dalam semua profesion termasuk perundangan.

    Dalam konteks artikel, selain membelakangkan manifesto, elemen utama yang terlepas dek pandangan dan kalau dilihat secara metaforikal adalah:

    Seolah-olah Mekanik yang berpengalaman di bahagian motosikal akan dilantik sebagai ketua bahagian kereta

    Soalannya ialah: sudah tidak adakah lagi mekanik kereta yang boleh dilantik untuk mengetuai bahagian berkenaan?

    BalasPadam


  2. Politic like animal - Aristotle

    Siapa mendapat apa , bila dan bagaimana

    BalasPadam
  3. Apa agenda seterusnya untuk membangsatkan institusi Melayu??? Islam dan Melayu Itu default sptmana dalam perlembagaan. Sepatutnya dihormati oleh semua MP. Jika Ada yg ada mempertahankan dikatakan racist. Habis kamu yg langgar sempadan tidak racist? Inilah sikap yang Kita bimbang menular jika tiada kuasa membendung. Itulah barangkali justifikasi perlu wujudnya parti Melayu Dan Islam dalam konteks menjaga perlembagaan. Parti selain dpd Itu tidak boleh dipercayai dan diharap.Mereka bukan nak mempertahankan tapi menggasak apa yang tersurat. Sama-sama Kita saksikan percaturan mereka.

    BalasPadam
  4. Nanpaknya TDM dan pemimpin Melayu telah menjadi boneka Lim Gonna End dalam rejim pakatan di mana bilangan pemimpin kafir melebihi bilangan pemimpin Melayu.

    Maka kita tidak merasa hairan melihat puak munafik sekular liberak dan puak kafir harbi semakin berani menghina Islam dan umat Islam secara terbuks seperti mendesak rejim pakatan menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM dan jabatan aganma Islam.

    Masa depan Islam dan umat Islsm semakin terancam kerana pengundi Melayu yang jahil memangkah pakatan dalam PRU14. Akhirnya pengundi pakatan kena kencing apabila rejim pakatan minoriti 45% enggan melaksanakan semua janji pakatan.

    BalasPadam
  5. Cakap tak selupa bikin ....hampeh betoi mani festo tinggal manis di mulut ... hampeh minyak tak turun harga barang tak turun selupa bn jugak betoilah depa kata lannie bn 2.0. tak sabar pulak nak memangkah lagi pru15.

    BalasPadam