Header Ads

ads header

Flash News

Bukankah ini akibatnya apabila orang kafir diberi kuasa?


Kita umat Islam amat terkejut kerana kedua-duanya guru tarian China, masing-masing didenda hanya RM25 selepas mereka menghina Islam sedangkan kesalahan mereka amat serius iaitu menghina agama Islam dan seluruh umat Islam di negara ini.

Adakah denda RM25 ini setara dengan penghinaan mereka ke atas agama Islam dan seluruh umat Islam?

Bukankah denda RM25 ini seolah-olah satu penghinaan ke atas agama Islam dan seluruh umat Islam di negara ini?

Bukankah ini akibatnya apabila orang kafir diberi kuasa?

Jika pesalah-pesalah tersebut didenda RM25 sahaja, maka kita tidak akan terkejut jika lebih ramai lagi orang kafir akan menghina agama Islam dan umat Islam. Bukan setakat RM25 , RM100 pun mereka boleh bayar sebab denda terlampau rendah , lebih rendah dari saman kereta!

Inilah akibat buruk apabila sebilangan umat Islam yang jahil murakkab kerana mereka mengundi calon munafik dan calon kafir sedangkan Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari mengundi dan melantik calon munafik dan calon kafir menjadi pemimpin kerana pemimpin munafik dan pemimpin kafir tidak pernah redha kepada agama Islam dan umat Islam:

(1) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"
An-Nisaa' : 144.

(2) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik)jadi PEMIMPINMU. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman."
Al-Maa-idah : 57.

(3) “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” Surah Al-Baqarah ayat 120

Sepatutnya kita semua umat Islam menjadikan si 'Ahok' Jakarta sebagai pengajaran kepada kita untuk menolak semua calon munafik dan calon kafir.

Mengapa sebilangan umat Islam undi pakatan sedangkan sebilangan pemimpin pakatan telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam?

Jika kita semua umat Islam sebagai rakyat majoriti (66%) mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14, kita masih mampu untuk menggulingkan kerajaan BN dan PAS boleh membentuk kerajaan Islam untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat.

TANPA NAMA


MR : Orang Melayu Islam ini sangat ketinggalan dalam ilmu politik kerana 'kebendaan' telah menjadi darah daging mereka....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Org2 Islam yg undi Pakatun sure bangga punya.

    BalasPadam
  2. Denda harus menyusahkan, timbulkan keinsafan dan mencegah keberulangan. Kalau nilai denda hanyalah bersamaan dengan kos secawan starbuck coffee dan kesakitannya hanyalah bersamaan "a slap on the wrist", tak payahlah susah-susah habiskan beras dan melecet tumit kaki nak buat laporan. Lepas ini ada mata pandang ada telinga dengar dan ada perasaan pendam.

    BalasPadam
  3. asyik suruh masuk Pas jer..admin..kami Umno..ada sebab kenapa tak terima Pas sbb pertama...tama..Pas ni kaki u-turn....kejap gitu kejap gini..tiada istiqamah...dan..suka kutuk Umno... doa yng buruk2 utk Umno padahal kami ni mengucap kalimah syahadah yng sama..kami Umno...tiada pernah atau sanggup bersengkongkol dgn Dap...so sbb itu siapa pun yng bersengkongkol dgn Dap atau pernah tidor sebantal dgn Dap...kami tak sanggup sokong ..faham tak admin...so sudah2lah nak ajak kami masuk Pas...kami ada Allah..kami yakin kami di pihak yng benar...Umno tak kalah yng kalah BN.yng kalah ahli Umno yng korup. .yng kalah pemimpin Melayu yng melacur kan...Islam..dan diri mereka kepada kafir laknatullah..demi kuasa.. harta...kami ahli Umno akar umbi tak heran tu semua...kami hanya mahu melihat Tanah Melayu ini Islamnya berkembang pesat....anak cucu kami..akidah dan keistimewaannya terpelihara sebagai milik bumiputra dan raja2 kami dihormati dan dipelihara tu jer...Pas pun sama kan..so tak perlu hina kami Umno..sbb sekurang kurangnya kami ni...tak lah terbaring baring kat jln raya waktu Pas dlm pakatan rakyat..isu perlantikan MB perak dulu...sejarah tidak pernah menipu

    BalasPadam
    Balasan
    1. umno masa ada kuasa peruntukan dan royalti utk kerajaan pas pun dinafikan mcm ni ke nak tolong sesama islam..

      Padam
    2. Secara jujurnya,aku sebagai penyokong pas mahu umno dan pas bersatu. Tidak kisah berbeza parti asalkan bersatu utk kebaikan bangsa dan agama. Tapi masalahnya pemimpin peru bijak dan membuang ego masing2. Pas baik umno ada kelebihan dan kekurangan. Klu dpt bersama dlm titik persamaan alangkah baiknya

      Padam
  4. Titik persamaannya ialah Islam wahai UMNO.

    BalasPadam
  5. Apa yang majoritinya... Ramai sgt pemikiran mcm umno ie tak nak betul2 fiki pasal islam, blajo malas kot. pastu kena tolak jugak geng syiah, geng anti democracy yg tak nak n kata haram undi, liberalists, free thinker, muslim tp black metal punksters rempiteers, siti kassim groupies, ayah pin like geng, addicts n pushers etc.... Lastly tinggal 20% la kot.. So, apa cerita? Kena bg cadangan or usaha lain selain ceramah, fastaqim, sembang kedai kopi... Cuba style ust ebit liew ka, hassan al banna ka apa ka sbb aku pun kurang jelas pasai perjuangan islam n baru celik ilmu

    BalasPadam
  6. Umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini perlu kembali kepada agama Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam supaya PAS boleh membentuk kerajaan Islam untuk melindungi agama Islam dan hak umat Islam.

    Parti UMNO perlu meningalkan sekularisme dan kembali kepada agama Islam supaya PAS dan UMNO boleh berkerjasama membela agama Islam dan hak umat Islam dan bertanding satu lawan satu untuk menentang dan menggulingkan rejim pakatan dalam PRU15.

    Selama ini , parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi berjaya melaga-lagakan umat Islam supaya mereka berpecah belah dan menjadi lemah.

    Akibatnya hari ini rejim pakatan menindas agama Islam dan menafikan hsk umat Islam kerana bilangan MP kafir adalah lebih ramai dari MP Melayu dalam rejim pakatan.

    Akibatnya puak kafir berkuasa untuk menentukan dasar rejim pakatan dan pemimpin Melayu terpaksa menjadi pak turut mengikut telunjuk puak kafir.

    Kita umat Islam tidak mahu agama Islam dan umat Islam ditindas oleh pakatan sekular liberal- kafir harbi yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam
  7. Kita umat Islam telah dihina oleh rejim pakatan kerana rejim pakatan telah melantik pemimpin-pemimpin anti-Islam menjadi menteri.

    Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu tumbangkan rejim pakatan dalam PRU 15.

    BalasPadam
  8. Akibat... Amanah dikhianati...

    Allah dah beri amaran...


    Jgn salahkan rakyat...

    BalasPadam