Header Ads

ads header

Flash News

Buat masa sekarang, RM100 juta peruntukan kampung di negeri Pakatan sahaja


KERAJAAN akan memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan kampung seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

Katanya, buat masa sekarang, dana itu akan diperuntukkan untuk negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan kerana kerajaan masih mengkaji mekanisme saluran dana untuk negeri bawah pentadbiran pembangkang.

“Mereka yang bertanggungjawab ke atas kampung perlu memohon geran.

“Dana itu adalah untuk mereka membangunkan ekonomi kampung mereka,” katanya di Putrajaya hari ini.

Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Kampung (JKKK) sudah diberi nama dan jenama baru, kini dikenali sebagai Majlis Pembangunan Komuniti Kampung.

Rina berkata setakat ini terdapat 16,000 kampung di seluruh negara.

Rina berkata setiap kampung boleh memohon geran sebanyak RM10,000.

“Ketua kampung akan dapat elaun bulanan RM500, setiausaha pula akan dapat RM300.

“Kampung akan dapat RM100 untuk mesyuarat mereka dan bayaran kehadiran sebanyak RM50.”

Katanya, terpulang kepada kerajaan negeri untuk memilih ketua kampung.

Berkaitan dengan usaha memperkasakan wanita seperti mana manifesto PH, Rina berkata sekurang-kurangnya 30% ketua kampung perlulah wanita.

“Mereka perlu mampu menyumbang tenaga, idea, perspektif dan kemahiran untuk membangunkan kampung.”

Bagi memastikan pembangunan kampung berlaku tanpa isu, Rina berkata, bilangan biro majlis kampung sudah diturunkan kepada 11 berbanding 13 sebelum ini.

Antara biro yang diwujudkan adalah kesihatan, keselamatan, kewangan, pendidikan, kebajikan dan inovasi.


MR : Sepatutnya semua negeri mendapat peruntukan tersebut, nampaknya PH membawa DNA BN dan UMNO....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. pakatan hancing ,busuk lagi membusukkan...kotor.. jijik

    BalasPadam
  2. Penduduk di Kelantan, Terengganau, Perlis dan Pahang yang bekerja, berladang sawit dan berniaga adalah juga pembayar cukai pendapatan.

    Makanya negeri tempat pembayar cukai bermastautin layak mendapat peruntukan pusat sebagaimana lain2 negeri meskipun negeri berkenaan tidak ditadbir oleh Federal.

    Jika peruntukan sebegini berterusan, ia adalah satu yang bertentangan dengan konsep federalism yakni bila madu dihulur botol kosong saja yang pulang.

    BalasPadam
  3. Semua kampung perlu membangun. Ketidaksamarataan akan membuatkan kerajaan UG pasca PRU15 berdepan tugas tambahan iaitu tugas meng sama ratakan ketidak sama rataan. Justeru tugas itu perlu bermula dari sekarang. Cadangan agar 'zakat ganti cukai konvesional' adalah cadangan paling bernas.

    BalasPadam
  4. Macam ni punya tahap pemikiran menteri kerajaan PH, macam tak sekolah je. Memang betul le PH akan tumbang sebelum PRU 15 dengan berkat doa kami yang anti kebodohan

    BalasPadam
  5. Dahulu semasa pakatan menjadi pembangkang, pakatan mengutuk UMNO BN kaw kaw tetapi sekarang kita lihat rejim pakatan lebih buruk dari UMNO BN.

    BalasPadam
  6. Sebabnya putrajaya dulu Lepastu baru fikir nak tadbir negara. Lingkup,

    BalasPadam