Header Ads

ads header

Flash News

Buat masa ini, pimpinan PAS henti dulu daripada mengkritik


Saya terbaca ulasan kepada kenyataan Dr Zuhdi Marsuki pada Harakahdaily di Malaysiakini berkenaan Pakatan Harapan bersandiwara disebalik Malaysia Baharu.

Malaysiakini menulis berselindung di sebalik slogan Malaysia Baru, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebenarnya sedang melaksanakan idea yang diilhamkan oleh DAP suatu ketika dulu, kata seorang pemimpin kanan PAS.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marsuki lebih membimbangkan ialah, dasar Malaysian Malaysia itu dilakukan secara drastik.

Katanya tindakan sedemikian boleh mengundang "tindak balas tegas" daripada masyarakat bumiputera yang menjadi golongan majoriti di negara ini.

"PPP meyakini, DAP adalah pihak yang bersungguh-sungguh mahu segera merealisasikannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saya tidak bertujuan menyalin semua tulisan tersebut, pembaca boleh membaca di Malaysiakini (klik di sini) tetapi kenyataan ini sangat tidak berketepatan dengan masa sekarang. Bukan lagi masa untuk PAS menyalahkan DAP kerana semua peluru PAS yang menyerang DAP telah diambil pengajaran oleh pakar strategi DAP untuk membaiki imej mereka sehingga mereka 'seolah-olah' nampak bersih.

Jika pimpinan PAS masih leka tidak sedar dengan fakta ini saya nak tegaskan bukan kenyataan ini membawa kebaikan kepada PAS tapi akan memburukkan imej PAS setelah PAS berjaya membersih sebahagian fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Buat kali pertama kerajaan Malaysia berubah. Sejak merdeka dan sejak penubuhan Malaysia, rakyat tidak pernah kenal kerajaan lain selain BN dan mereka memilih Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP.

Kini pembangkang buat kali pertama menjadi kerajaan atas nama Pakatan Harapan (HARAPAN), pembangkang tegar DAP kini berada bersama dengan BERSATU, PKR dan AMANAH, untuk mentadbir negara sebagai sebuah kerajaan baharu.

DAP memenangi 42 daripada 47 kerusi parlimen yang ditandinginya, selain meraih 99 daripada 102 kerusi di peringkat dewan undangan negeri (DUN).

Prestasinya amat memberangsangkan dengan kejayaan 89% untuk kerusi parlimen dan 97% untuk DUN.

DAP sekarang membaiki imej mereka samada ini lakonan atau sebagainya tapi hakikat rakyat 'dilihat' oleh DAP sebagai bersih. Lim Kit Siang yang diwar-warkan oleh jentera BN sebagai PM atau Timbalan PM tidak menjadi kenyataan. Mereka sanggup ketepikan Lim Kit Siang demi misi mereka.

Sebelum ini mereka sanggup ketepikan Dr Tan Seng Giaw, orang kuat DAP yang menjadi MP selama 36 tahun demi untuk "membuang logo DAP" bagi mendapatkan satu peluang kepercayaan Melayu dan membersih imej DAP.

Pimpinan PAS sepatutnya sekarang ini meneliti apa punca kelemahan PAS semasa PRU-14 yang menyebabkan hampir 100% pengundi atas pagar di negeri pantai barat terutamanya Selangor tidak mengundi PAS. Walaupun pengundi PAS tidak banyak lari, kalau besar pun sekitar 10%, PAS jangan bangga dengan pengundi PAS. Tapi cari faktor kelemahan baiki. Buat kerja dan tak perlu untuk menjadi jaguh di media massa pada masa ini kerana mood rakyat masih dalam keadaan untuk menghapuskan Barisan Nasional.

Saya bagi contoh, apabila Malaysiakini menyiarkan artikel ulasan kenyataan Dr Zuhdi. Pembaca di Malaysiakini membuat komen mengutuk Dr Zuhdi dan PAS (terkena percikan) sekali. Daripada rambang yang dibuat lebih 90% pembaca mengutuk.

Untuk makluman Malaysiakini adalah medium pembangkang. Pembaca Malaysiakini adalah lebih kepada pembangkang.



Ini saya capture sebahagian komen pembaca untuk tatapan. Adalah lebih baik pergi ke artikel berkenaan dan melihat komen-komen yang sangat menyakitkan hati bukan menambahkan kebenaran tetapi membesarkan 'luka fitnah' yang sepatutnya sembuh selepas PRU-14.

Kita pun masih tahu tahu apa strategi DAP. DAP masih menyimpan kukunya!

Tolonglah pimpinan PAS bijak dalam membuat kenyataan. Belajar bagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan yang menawarkan bantuan untuk mengurus tabir kerajaan baharu walaupun mungkin mereka melihat dengan sinis.

Saya tak kata kenyataan itu salah tetapi sesuatu yang baik tidak kena pada masa dan ketika buka sahaja tidak dilihat baik mungkin akan memberikan 'bala'.

ABBAS MOHD NOOR



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

17 ulasan:

  1. Saya setuju dgn artikel di atas. Tidak bijak Dr Zuhdi menembak PH. Dan saya lihat, kenyataan Dr.Zuhdi & Dato Nik Amar menyebabkan back fire kpd PAS. Saya harapkan org muda dlm PAS spt Syahir Sulaiman dapat memantau kerajaan PH dan bukannya ulasan drpd Dr Zuhdi. Kita perlu bijak dlm tindak tanduk memandangkan media baru tidak menyebelahi kita.

    BalasPadam
  2. adakalanya berdiam seketika lebih baik daripada bercakap banyak yang blh mengundang fitnah kepada parti.
    senang cakap, pikir dulu kesan kepada parti sebelum bercakap.
    bila org ada jawatan bercakap, cepat akan jd viral.. kesan dia parti yang akan tanggung dan ahli biasa yang kena menjawap dan mempertahankannya..
    faham tak?

    BalasPadam
  3. JANGAN SALAHKAN MUSUH !!

    BalasPadam
  4. Dr Zuhdi dan Nik Amar sekarang menjadi liabiliti kepada PAS, ulasan daripada mereka memang akan memberi kesan negativ kepada PAS . mohon kepimpinan pas memantau 2 individu ini. kami penyokong bawahan letih membaca kutukan-kutukan orang ramai terhadap pas lantaran dua individu ini

    BalasPadam
  5. Biar la malaysiakini penuh dengan pembaca cina yang sangat rasis dan juga melayu liberal apa saja yang disampaikan oleh makhluk lain dari pada pakatan harapan akan dicemuh berjamaah.Tidak perlu gentar untuk PAS dan melayu islam kita untuk menegur dan menunjukkan kebenaran.Jika berdiam diri rakyat akan menganggap PAS juga tidak boleh diharap.

    BalasPadam
  6. saya sgt2 setuju..pernah saya bangkitkan perkara ini kpd bekas calon PAS di Selangor dan di Pahang..saya bagi pandangan PAS perlu bijak dlm mengeluarkan kenyataan, bukan main tembak je...tp dukacitanya...dia kata ..cuba anta pakai kasut dia..rasa sendiri apa yg dialami (calon PAS yg kalah teruk tu)...saya hairan..kenapa pemimpin PAS ni sukar nak diberi pandangan...bila beri pandangaje, jawab anta tak faham..terus bangkit pejuang Islam bla bla bla.,.
    mmm..kalau begini la cara pemimpin Islam...mmg indah khabar dr rupa...
    jangan anggap kita semua betul...kadang2 kuli2 kat kampung seratus kali lebih betul dr pemimpin PAS dlm tindakan...
    sekadar pandangan...

    BalasPadam
  7. Setuju.....Terlebih dahulu tahniah kepada PAS dan pemimpin2nya. Setelah keras bekerja kejayaan telah diberi oleh Allah. Pemimpin pemimpin PAS harus peka bahawa kenyataan kenyataan mereka akan ditapis dan dibelit oleh portal portal berita yang sememangnya anti pada PAS. Kalau dalam organisasi, bukan semua orang boleh keluarkan kenyataan hanya pengurus besar komunikasi yg boleh kerana mereka terlatih dalam bidang ni.Kena bijok bohh. Kadang kadang nak bagi kritikan, puji dulu melambung lambung baru kritik lebih senang diterima.

    Padangan 2 sen saya. Sayangilah PAS.

    BalasPadam
  8. Tkasih kpd semua yg beri pandangan...anda semua saya kata betul belaka dr segi pandangan...

    Utk senyap terus, nnt dikatakan bukan pembangkang dan kita perlu juga terus beri pandangan....

    Kena ingat, apa yg dr zuhdi itu berdasarkan beberapa tindakan yg agak drastik dimana mahu tak mahu terpaksa kita suarakan..

    Dlm kes royalti minyak, saya tgk kjaan pas trg dan pimpinan pusat agak berdiplomasi dgn mengharapkan tun m berikan apa yg telah dijanji...

    Alhamdulillah berjaya...

    Dlm kes2 yg dr zuhdi perkatakan, saya x nampak mcm terlalu keras dsbnya sebab kita perlu tunjukkan pendirian kita dlm hal islam dan hal2 keistimewaan bumiputra...tolonglah paham, apa yg pas buat selalu x kena...jgnlah kita sebagai penyokong atau ahli pas berkata kita sudah letih...yg terbaru, tgklah apa yg penyokong ph kata...dia kata tghh dan pimpinan melututlah pada mahathir, lalanglah mcm2 padahal royalti adalah hak trg...

    Saya dah beri counter statement yg mcm2 pada puak2 ni...

    Saya x letih tp hanya kekangan masa ....

    Dlm kes nik amar, mmg nampak x berapa kena ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dgn tuan tp mcm dlm artikel, bila kita menuding kpd DAP, DAP belajar & menampakkan seolah2 DAP dah suci dan PAS yg akan dipersalahkan. Saya suka suara anak muda PAS mcm dlm wacana baru2 ini, saudara Syahir boleh mengulas ekonomi sngt baik (beliau economist) dan dlm masa yg sama memberikan dalil2 naqli dgn baik.

      Padam
  9. Akak dengar dalam Pas ada ramai pakar dan professional. Pakar dalam bidang perang saraf, strategi media dsb takde ke? Sekaranglah masa untuk digembleng tenaga dan buah fikiran mereka bagi menghadapi kecanggihan pihak lawan. Mereka batil tapi dikuatkan dengan perancangan yang mantap.

    BalasPadam
  10. Sy setuju..komen Dr. Zuhdi agak mbahaya pd PAS..seperti komen beliau dlm isu sumbangan umno utk kempen pilihanraya PAS telah menjadi fitnah pd partu..kt perlu terapkan konsep dakwah & amal makruh nahi munkar..akhirnya Allah yg akan menentukan kemenangan kt

    BalasPadam
  11. 1. PAS jangan berdiam diri.
    2. Buat kenyataan fikir dahulu.
    3. Ingat BPMS.
    4. Sentiasa berserah kepada Allah.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum,saya setuju setiap orang berhak memberi pendapat,bahkan diraikan.. Benar atau salah,bergantung pada tafsiran kita sendiri. Saya juga sgt muak dengan fitnah2 yang dilemparkan pada perjuangan PAS,akan tetapi sgt sukar untuk kita meyekatnya. Ramai yg tidak kisah soal dosa pahala,krn sifatnya yg tdk nampak. Stakat termampu,kita cuba memberi penjelasan,selain itu serah pada Allah. Yg penting,bg kita ada ikhtiar kita lakukan. Insya Allah,Islam akan menang akhirnya,tidak di dunia,akhirat mmg pasti. Ke sana jga matlamat akhir kita..

    BalasPadam
  13. Ambil masa 3 @ 4 tahun ini dekati masyarakat seperti di lakukan semasa kempen Pru14 baru ini,, , masih ramai masyarakat tidak kenal pimpinan PAS

    BalasPadam
  14. Tempat saya calon PAS langsung tak berusaha kenal kan diri atau turun ke bawah...tak kenal macam mana nak undi

    BalasPadam
  15. Sekarang ruang utk menyampaikan dakwah disurau dan masjid nampak lebih terbuka. Gunakan kesempatan ini utk mendekati masyarakt dengan ceramah2 ugama seberapa kerap yg boleh dengan ini lebih menunjukkan usaha dakwah islam kpd masyakat khususnya di negeri2 dan kawasan yang masih belum mempunyai sokongan yg kuat secara tak langsung juga dapat memperkenalkan calon2 yamg berwibawa di kawasan tersebut. Jgn tunggu sehingga pilihanraya baru nak muncul.

    BalasPadam
  16. Dr Tan kena tolak sebab sokong 1MDB. Bukan sebab logo DAP. haha.. PAS dgn Fitnah x dapat dipisahkan

    BalasPadam