Header Ads

ads header

Flash News

Berita gembira untuk pengundi PH, 1,000 Kuota Matrikulasi Untuk Kaum Cina


SEJUMLAH 1,000 tawaran kemasukan Matrikulasi diberikan kepada pelajar bukan Bumiputera dari kaum Cina yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata tawaran menerusi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan bagi sesi 2018/2019 itu bagaimanapun diberikan buat pelajar daripada keluarga kumpulan berpendapatan rendah B40.

“Berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu, penawaran khas ini adalah satu hadiah daripada Pakatan Harapan (PH) kepada masyarakat Cina daripada keluarga B40.

“Kami akan berpegang kepada pendirian untuk membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk membantu sosioekonomi mereka,” katanya memetik portal Malaysian Insight.

Menurut Maszlee juga, kuota berkenaan sudah pun hampir dipenuhi dengan lebih 800 pelajar sudah diambil.

Program matrikulasi KPM merupakan satu program pra universiti yang disediakan kerajaan bagi pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.

Bagi sesi 2018/2019, Maszlee berkata sejumlah 84,891 permohonan sudah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan Bumiputera. – MYNEWSHUB.CC


MR : Orang bukan Islam bijak berpolitik, bangsa mereka mendapat manafaat tapi pengundi melayu Islam politik mereka merosakkan Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Yup. Btl sgt2 komen anda. Org bkn islam berpolitik menguntungkan kaum mereka. Melayu islam pula berpolitik semakin menggadai dan merugikan bangsa dan agama sendiri

    BalasPadam
  2. Persaingan perlu ada barulah akan ada perasaan berlumba2. Tanpa ada perlumbaan tidak ada persaingan. Dan tanpa persaingan pencapaian akan merosot. Itulah yang berlaku kepada pasukan German di piala dunia 2018? Namun usah biarkan persaingan 100% kerana ia akan menjurus kepada monopoli, sebaliknya atur agar persaingan hanya sekerat dan kuota berkerat-kerat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ni pon BN ada je buka kuota dan beri sedikit sebanyak kelebihan pd non malay dlm mcm2 sektor tp undi bkn mlayu pd parti mlayu islam x bertambah2 pon. Makin lari adala lps diberi mcm2 keistimewaan. Tak salah persaingan dibuka tp cukup2 lah nk memenangkan hati bkn mlayu. Tak dihargai pon. Mreka akn pura2 x menyokong utk dibuka lg mcm2 keistimewaan mlyu hinggalah dpt sama rata. Ko igt klu mlysia ni dulu2 mjoriti cina dan ada hak istimewa, diorg nk buka ke lebih2 hak diorg pd mlyu. Tak akan punyala... melayu saja baik sgt demi undi tp akhirnya tergadai tanah air sndiri

      Padam
  3. Ilmu agama islam perlu diberi keutamaan berikan ruang yg lebih luas pada pembelajaran agama islam pada umat islam jangan sekat seperti dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pulak ada sekatan bljar agama islam sebelum ni? Yg aku tahu bebas je nk bljr islam kt mana2. Cuma yg aku tahu masa mahathir mmg peruntukan dia bg urk sekolah islam mng sikit berbanding najib

      Padam
  4. harap maklum...pelajar bukan melayu masuk matriks dah lama sejak BN perintah lagi..20% cina ..20% india dan 60% melayu...so dr mazlee...dah kenapa nak dot nama ke...wallahuallam

    BalasPadam
  5. Saya rasa OK tapi jangan sampai 1,000 tempat ni bermakna 1,000 orang Melayu dari B40 yang lebih layak dari B40 kaum Cina yang ditawarkan tempat. Sepatutnya biarlah 1,000 tempat ini terbuka pada semua kaum termasuk orang Melayu berdasarkan kedudukan kewangan dan keputusan peperiksaan bagi mengelakkan tuntutan yang serupa akan datang dari kaum kaum lain.

    BalasPadam
  6. janji pengambilan matrikulasi di lunasi janji penghapusan tol bila nak langsai?

    BalasPadam
  7. Politik berlumba lumba memenangi hati kaum cina akhirnya mereka yang untung dihati mereka hanya dap...baik umno bn atau pun ph yang mengutamakan kehendak cina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sptutnya org2 mlyu islam bersatu dlm politik, br kuasa politik mlyu kuat. Maka nak x nak, cina atau india akan patuh dan lbih hrmoni. Malah akan lbih byk sokongan non malay pd prti mlyu demi kelangsungan bangsa mreka.
      Tp apa yg trjdi adlh sebaliknya. Melayu berpecah dan mengumpan non malay dgn mmberi mcm2 keistinewaan demi meraih undi menjadikan mereka lebih superior dari majoriti bangsa mlyu di malaysia kerana mlyu terhegeh2 nk dptkn undi mrka krna perpecahan tdi. Akhirnya mlyu juga rugi

      Padam