Header Ads

ads header

Flash News

Beri peruntukan sama rata kepada PH, pembangkang, kata Charles


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata peruntukan sama rata mesti disediakan untuk Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang.

Charles mengulas isu kerajaan pimpinan PH memberikan RM500,000 kepada wakil rakyat PH dan hanya RM100,000 kepada pembangkang.

“Jika mahukan demokrasi berkembang maju, kita perlukan pembangkang yang cekap dan kuat untuk mengimbangi pemerintah. Rakyat akan menerima manfaatnya dan ia mempromosikan kepentingan rakyat.

“Masa depan Malaysia baru sepatutnya mengenai idea, dasar dan tindakan yang menyuburkan demokrasi dan menjaga kepentingan rakyat. Ini hanya boleh berlaku dengan adanya kerajaan yang prihatin dan pembangkang yang kritis.”

Pengerusi Thomas Fann mengakui peruntukan dana untuk pembangkang itu satu penambahbaikan berbanding sebelum ini, ketika kerajaan BN tidak memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata: “Bukankah sepatutnya semua Ahli Parlimen diberi layanan sama rata dan terhormat sesuai dengan kedudukan mereka, tanpa mengira parti politik masing-masing? Hakikatnya mereka dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing untuk mewakili mereka.”

Fann berkata PH dalam janji ke-16 manifestonya berikrar untuk menyediakan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen, berdasarkan formula yang telus bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab kawasan masing-masing dan menjalankan pusat khidmat.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

4 ulasan:

  1. Charity begins at home. Makanya alangkah baiknya kalau peruntukan sama rata untuk semua kawasan parlimen bermula di Selangor. Dare walk the talk?

    BalasPadam
  2. Inilah bahananya apabila memilih orang Bukan Islam menguasai parti. Orang bukan Islam bila berkuasa akan menekan kita orang Islam dengan tekanan yang amat dalam seperti berlaku di Thailand dan Singapura.

    BalasPadam
  3. Siapa pembangkang kalau rata-ratanya orang Melayu Islam! Siapa pemerintah kalau bukan rata-ratanya orang bukan Melayu kafir. Allah dah bagi bayangan bagaimana akan terjadi jikalau orang bukan Melayu Islam memerintah sepenuhnya. Awas Melayu. Next PRU kalau kamu sokong PH juga , anak anak kamu pasti makan sampah hidup merempat tepi jalan.

    BalasPadam