Header Ads

ads header

Flash News

Belum Ada Kata Putus Potongan Caruman KWSP Daripada Gaji Suami


KUALA LUMPUR -- Kerajaan belum mencapai kata putus mengenai potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suami untuk suri rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ini kerana terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diperhalusi termasuk peraturan KWSP.

“… mengikut Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak boleh disentuh caruman yang diberikan suami (11 peratus). Ketika ini, apa yang ada ialah Skim Persaraan 1Malaysia yang mana suami boleh secara sukarela akan memberi RM250 setahun.

“Jadi kita perlu cari skim yang sesuai dan cara pelaksanaan terbaik untuk caruman tambahan ini. Saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), kami perlu teliti peraturan (KWSP) dulu,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan rasmi pertamanya ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan KWSP berhubung perkara itu.

Dilaporkan pertemuan tersebut antara lain membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman berkenaan selain keperluan suami yang beristeri lebih daripada satu atau yang berstatus ‘househusband’.

Dr Wan Azizah sebelum ini dilaporkan berkata hanya dua peratus daripada 11 peratus gaji suami yang dicarumkan kepada KWSP dicadang dipotong untuk tujuan itu.

-- BERNAMA


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Kalau lontar batu sembunyi tangan, kaca yang terkena batu akan pecah tapi tangan yang melontar tidak mahu identiti diketahui.

    Kalau tabur janji sembunyi akal bermakna beri seberapa banyak janji2 yang muluk2, molek2 dan gemok2 kemudian baru difikirkan sama ada janji2 tadi boleh atau tak boleh dilaksanakan.

    BalasPadam
  2. Tak Dapat Semua Separuh Pun OK

    Kalau caruman suami tak boleh disentuh memadailah carumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM 50 per bulan bermula bulan June tanpa lengah.

    BalasPadam