Header Ads

ads header

Flash News

Beku pindah kakitangan, naik pangkat kata Maszlee


Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan bahawa semua pemindahan pegawai pendidikan dari peringkat negeri dan daerah dibekukan sementara menunggu siasatan dan penelitian semula.

Maszlee berkata langkah itu diambil susulan laporan terdapat unsur politik kepartian dalam pejabat pendidikan negeri dan daerah.

"Ini sangat mengecewakan bagi saya kerana saya tidak mahu pemikiran sempit politik kepartian mempengaruhi institusi pendidikan di negara ini.

"Saya berharap rakyat Malaysia akan mendapat mesej yang jelas bahawa kita tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan membawa masuk unsur tidak sihat dalam pentadbiran pendidikan kebangsaan.

"Ada pihak yang dilihat sengaja menghalang pembaharuan institusi yang selari dengan pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN)," katanya.

Menteri pendidikan juga mengarahkan pegawai kanan kementerian itu meneliti semula semua kenaikan pangkat dan pemindahan di seluruh negara yang berlaku sejak dua bulan lepas.

Maszlee tidak mendedahkan jumlah guru dan pegawai yang terlibat namun memberi gambaran negeri yang terlibat adalah dari tiga negeri di utara semenanjung dan sebuah negeri di pantai timur semenanjung.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

5 ulasan:

  1. Ya teruskan. Teruskanlah menguji kesabaran orang Melayu yang rata-ratanya penjawat awam.

    Kita tunggu dan lihat. Kamu cantas yang atas , kemudian yang bawah kamu akan cantas juga.

    Tak cukup lagi kamu akan cantas semua kakitangan awam termasuklah yang berjawatan rendah.

    Kamu akan lihat bagaimana PRU 15 nanti bagaimana pengundi penjawat awam akan mengundi.....

    PAS perlu bersabar dan mendekati penjawat Awam. Bina kekuatan dalam penjawat awam. Insya Allah kita akan usahakan 100% pengundi Islam menyokong PAS.

    BalasPadam
  2. Bagai langit dengan bumi kisah 2 kerajaan ni:

    Cerita Kerajaan Pusat PH:
    --> SPRM serbu pejabat SSER, pengarah dipecat kata
    --> Beku pindah kakitangan, naik pangkat kata Maszlee

    Cerita Kerajaan PAS Terengganu:
    -->Terengganu peruntuk bonus RM1.8 juta kepada guru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali saudara !!!!
      Strategi kita bakal menjadi di PRU 15.

      Ayuh ! Ke Arah Meraih undi 100% Muslim untuk PAS. Ayuh kita usahakan ini !

      Kita kumpulkan segala penjawat awam berfikrah PAS. Sebarkan risalah. Lepas solat Jumaat , lepas tazkirah ,lepas solat jemaah. Sebarkan. Dekatilah kawan kawan penjawat awam. Ikram mereka untuk menyokong perjuangan PAS.

      Ayuh. Dekati orang Islam. Ayuh saudara.

      Padam
  3. Ya teruskan.
    Kacau periuk nasi orang Melayu. Kacau periuk nasi Agong dan Sultan.

    Takpe... kita orang Melayu ini orang Islam. Orang Islam ni sifatnya penyabar.

    Bukan macam orang kafir. Peniaga Babi kena GST terus melolong-lolong. Dikumpulnya dana dan harta untuk sogok pemimpin-pemimpin Munafik dan diciptanya Pakatan Haramjadah. Diciptanya PAN dan PPBM. Untuk apa ? Untuk apa ? Untuk kacau periuk nasi orang Melayu.

    Takpe... kita sabar.
    Tunggu.

    Biar Melayu sedar dari tidur. Biar Melayu sedar tanggungjawab sebagai orang Islam. Biar keperitan itu yang akan menyedarkan mereka.

    Bagi PAS .... kita simpati. Kita biasa miskin. Kita biasa hidup sederhana. Kita biasa hidup tanpa kemewahan. Bagi kita Allah dan Rasul sudah mencukupi. Hanya menunggu hari akhirat.

    Jadi bila kita dengar Melayu merintih , maka berilah mereka simpati dan telinga untuk mendengar. Dan katakanlah "Ya saya faham, Ya saya dengar rintihan saudara itu......

    Maka itulah strategi kita. Kumpul segala simpati orang Melayu dan kita tunjukkan dalam PRU 15 nanti kuasa Melayu , kuasa orang islam.

    InsyaAllah ke arah meraih undi 100% Muslim dalam PRU 15. TAKBIR !

    BalasPadam
  4. Buatlah gerak kerja mendekati semua anak2 muda melayu yg seperti hilang pedoman, berpeleseran , budaya lepak buang masa, agar mereka lebih kenal Allah swt.. Pada masa sama, jgn semai benih kebencian sesama Islam walaupun berbeza parti..seharusnya itulah yg selari dgn budaya politik matang & sejahtera... I'Allah Islam yg akan mereka pilih.

    BalasPadam