Header Ads

ads header

Flash News

Beberapa keraguan timbul daripada permusuhan Mahathir-Najib


Pertama, AG Tan Sri Apandi telah dipaksa bercuti (baca: dihalau keluar dari pejabat) tanpa apa-apa bukti beliau melakukan kesalahan. There was no due process for him to be removed. Tommy Thomas tetap dilantik sebagai AG walaupun YDP Agong tidak berkenan (tapi akhirnya terpaksa setuju demi untuk mengelak krisis Perlembagaan dan pergaduhan antara kerajaan PH dan Istana). Mahathir enggan memberi nama calon2 lain untuk YDP agong mempertimbangkan selain Tommy Thomas. Basically Mahathir was telling YDP Agong take it or take it.

Ke-2, Daim (yang kononnya hanya penasihat tanpa kuasa) berlagak seperti PM atau YDP Agong bila memaksa Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin letak jawatan . Kalau Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan boleh tunduk kepada “penasihat” apatah lagi arahan daripada menteri atau Perdana Menteri.

Ke-3, Arul Kanda dicutikan secara paksa juga (Addendum: or rather not allowed back to office – contract expires 30th June) walaupun tidak ada apa2 bukti beliau melakukan kesalahan. Kalau hutang negara pun boleh dimanipulasi oleh kerajaan PH, mudah sahaja untuk mereka memanipulasi rekod2 1MDB in his absence. Kita harap auditor 1MDB akan tetap amanah dan berintegriti kalau mereka diugut oleh mana2 “penasihat” kerajaan PH.

Ke-4, Mahathir mempunyai rekod cemerlang berjaya masukkan musuh2 beliau dalam penjara. Alhamdulillah syukur nampaknya ada hikmah sebalik pemansuhan ISA oleh Najib.

Ke-5, satu Malaysia sudah tahu lah konspirasi diterajui oleh Mahathir untuk mengguling Najib sebagai PM dan presiden UMNO. Mahathir sendiri telah mengakui bahawa Gani Patail telah mengeluarkan charge sheet untuk mendakwa Najib di mahkamah walaupun SPRM belum mengambil sebarang kenyataan dari Najib, iaitu tanpa melalui proses natural justice. Mukhriz juga telah mengaku Mahathir merancang untuk gulingkan Najib semenjak 2014 lagi — cuma dia buat-buat tak faham makna perkataan ‘konspirasi’.

Ke-6, sebaik sahaja kerajaan PH mula memerintah, Rafizi (melanggar peraturan perbankan) dan Lim Guan Eng (menghina mahkamah) terlepas dari hukuman mahkamah. Kita juga tahu ada niat untuk AG menarik balik pendakwaan rasuah Lim Guan Eng.

Kita semua juga nampak pelbagai keputusan dibuat dan tindakan diambil atas dasar politik dan kebencian. While the PH government preaches the rule of law, what we are seeing is the application of the law of the jungle.

MR : Bila permusuhan Mahathir-Najib menjadi agenda utama negara, rakyat yang menjadi mangsa....

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan