Header Ads

ads header

Flash News

Bantahan latikkan datuk bandar baru di luar rumah MB Melaka


Sekumpulan orang berkumpul di luar kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka Adly Zahari di Seri Bendahara hari ini bagi membantah pelantikan datuk bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kumpulan itu yang mendakwa terdiri daripada 30 ahli akar umbi dan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata mereka menentang pelantikan Datuk Azmi Hussien sebagai Datuk Bandar MBMB kerana dakwa mereka, beliau ialah anggota Umno.

"Kami mahu katakan yang kami tidak bersetuju sama sekali dengan pelantikan Azmi sebagai datuk bandar baru.

"Ini kerana latar belakangnya yang berpihak kepada Umno dan BN.

"Kami kecewa dengan proses ini dan cara datuk bandar baru ini dilantik serta kami menggesa untuk mempertimbangkan semula pelantikan itu," kata memorandum itu.


Memorandum kepada Adly (gambar) itu juga menggesa pelantikan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman pentadbiran, kecenderungan politik dan kualiti kepimpinan.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak berjaya menyerahkan memorandum kepada ketua menteri atau mana-mana wakilnya.

"Mereka tidak menghantar seorang pun wakil. Kami dibuat macam orang bodoh.

"Kami hanya berdiri di sini dan media mengambil liputan, itu sahaja," Tina Singh, salah seorang peserta protes memberitahu Malaysiakini.

Kumpulan itu memegang sepanduk membantah pelantikan Azmi dan melaungkan slogan "hidup rakyat" semasa protes itu, yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi.

Tina berkata kumpulan itu berhasrat kembali semula pada hari Isnin untuk cuba menyerahkan memorandum mereka sekali lagi, walaupun kali ini mereka tidak akan mengadakan bantahan lain.

Seorang wakil daripada pejabat Adly ketika dihubungi berkata pelantikan Azmi tidak ada kena mengena dengan sama ada beliau seorang anggota Umno atau tidak.

Wakil menteri besar berkata Azmi pernah menjadi setiausaha di MBMB sebelum dipindahkan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di mana beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Semasa rombakan di bawah kerajaan negeri yang baru, kedudukan CEO PKNM telah diberikan kepada bekas datuk bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ruslin Hassan.

"Beliau (Azmi) telah mencapai tahap Jusa C (gred penjawat awam), jadi ketika rombakan itu terjadi dan jawatan CEO PKNM diberikan kepada orang lain, kita harus mencari jawatan yang layak untuknya, dan jawatan itu ialah datuk bandar MBMB," kata wakil itu.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

3 ulasan:

  1. Daripada berhimpun untuk membantah pelantikan penjawat awam. Adalah lebih berfaedah berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap pengekalan lebuhraya bertol yang jauh lebih banyak manfaatnya.

    BalasPadam
  2. Ni mcm semua kene tukau le...
    Pemikiran tahap jamban...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa nak kat dahi di tulis "PH", kalau tak dak... tukau. Meme lawok sesungguhnya.

      Padam