Header Ads

ads header

Flash News

Apa kata bukan Islam Cina terhadap PAS


Dalam perjumpaan antara NGO di hotel Adya semalam saya tertarik dengan Jawapan salah seorang peserta berbangsa Cina.Antara ucapan yang mengejutkan kami ialah

"Negara perlukan pemimpin yang jujur dan ihklas. Hanya dengan kejujuran seorang pemimpin, Wang rakyat selamat dan tidak hilang.Setiap tahun Negara kehilangan Wang berbilion ringgit tanpa dapat dikesan.Cuba bayangkan jika Wang berbilion  ringgit itu tidak hilang dan digunakan untuk membantu rakyat, sudah tentu tiada orang miskin di Negara kita dan rakyat mampu hidup dengan lebih selesa berbanding sekarang, jika sepuluh tahun lepas.Sama² kita imbas kembali semasa PAS tadbir Terengganu pada tahun 1999-2004 Tok Guru TH tidak tinggal di rumah yang dikhaskan oleh kerajaan kepada Menteri Besar dan tiada kes rasuah.

Semasa PAS perintah Kedah dari tahun 2008-2013 almarhum Ustaz Azizan Razak juga tidak tinggal di rumah rasmi kerajaan sebaliknya tinggal di rumah sendiri dan tiada kes rasuah.PAS Kedah berjaya membawa kemajuan  yang amat membanggakan.

Di Kelantan semasa Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau tidak tinggal di rumah kerajaan sebaliknya hanya tinggal di rumah sendiri yang penuh dengan kesederhanaan.

Dan sekarang apabila Kelantan ditadbir oleh ustaz Ahmad Yaakob tiada rasuah.Beliau juga memilih untuk tidak tinggal di rumah rasmi kerajaan.

Dengan cara hidup yang penuh dengan kesederhanaan maka selamatlah duit rakyat dan negara pasti mempunyai rezab Wang yang banyak boleh membangunkan Negara begitu pesat setanding negara² maju.

Jika ketelusan tanpa rasuah yang kita cari maka PAS/GS adalah parti yg selayaknya untuk diberi mandat kali ini  untuk mentadbir Negara. Jika kita sebagai rakyat yg bertanggungjawab yg inginkan kesejahteraan,hendaklah kita abaikan segala janji palsu pihak lawan,kerana semua bijak pandai tahu bahawa Negara selayaknya dipimpin oleh PAS/GS tanpa diragui.

Hadirin tercengang mendengar ucapan seorang non Muslim yang penuh yakin dengan Islam.

#Ya Allah kurniakan kemenangan kepada PAS. اللهم آمين

Ayahnda Paduka Ust.  Hakimi Hj.  Ab. Halim
Pengerusi UMMAH Kedah

MR : Bila kita ambil pendekatan Islam, memang kita memilih jalan yang sukar kerana bukan semua orang suka, tapi Islam itu kebenaran dan setiap kebenaran pasti ada 'kehebatan'nya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Puak puak pakatan harbi bukan nak dengar pun. depa lebih suka fitnah

    BalasPadam
  2. insyaallah suatu hari nanti ramai akan celik mata keindahan islam dan parti yg dipimpin ulama

    BalasPadam
  3. Sejak mahathir masuk PH.. perangai timbulkan persepsi menjadi2. Diorang bukan pikir betul atau salah.. janji timbul keraguan dari berita. Tahu la persepsi tu amalan biasa politik tapi kalau dibiarkan.. teruk negara.

    BalasPadam
  4. Tak salah nk tinggal di kediaman rasmi sbb mmg disedia utk yg berkhidmat ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak salah..tapi beliau pilih untuk hidup sederhana

      Padam