Header Ads

ads header

Flash News

Anwar Ibarat Cacing Kepanasan Kata Zam


KUALA LUMPUR – Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pergerakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini amat mencurigakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu turut menyifatkan Anwar sebagai seorang yang tidak sabar untuk mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Ketika negara memerlukan consolidasi dan kestabilan, pergerakan Anwar Ibrahim terutama dalam mengadap Raja-Raja menarik perhatian dan menimbulkan berbagai-bagai spekulasi.

“Beliau kelihatan seperti cacing kepanasan, seperti tidar sabar tunggu dua tahun lagi,” katanya melalui status yang dimuatnaik di laman Twitter pada Khamis.

Malah Zainuddin juga turut mendakwa Anwar masih dibelenggu dengan ‘mimpi’ silam sedangkan kesedaran rakyat terhadap politik negara telah jauh berubah.

“Ini tahun 2018 bukannya 1998 (dan) suasas politik dan kesedaran rakyat jauh berbeza.

“Betul tapi masih dalam mimpi silam,” tulisnya ringkas ketika membalas komen yang diberikan oleh kenalannya.

Anwar pada Khamis telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan sebagai kunjungan hormat selepas beliau dibebaskan pada 16 Mei lalu.

Selasa lalu pula, beliau menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Malah pada minggu sebelumnya, Anwar dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan telah menghadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Beliau turut menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Sebelum ini, Anwar menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, sebaik dibebaskan.

Sumber PKR sebelum ini mendedahkan Nurul Izzah Anwar bakal meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen bagi membolehkan Anwar bertanding di Permatang Pauh.

Kenyataan ini kemudiannya dinafikan oleh Nurul Izzah sambil mendakwa ia sebagai palsu dan tidak benar.

SuaraTV

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

5 ulasan:

  1. Mau tak panas yang jadi PM ke 7 nacam tak nak turun je dari takhta mula mula untuk sementara kemudian dua tahun tak mustahil ubah kedua penggal or sampai mati.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. chegubard thinking beyond a WALL

    BalasPadam
  4. Utusex telah MATI dan tidak mungkin akan HIDUP kembali. OTOKRAT sudah MATI, tiada siapa sangka ianya akan HIDUP kembali.

    Kini semua itu adalah tidak benar. Kebenarannya ialah MATI itu sementara dan HIDUP juga adalah numbered.

    Tidak ada 'HIDUP atau MATI' yang berkekalan. Yang kekal hanyalah SATU.

    BalasPadam
  5. prk lagi beropa lak nak kena .. bola dah 30m..

    BalasPadam