Header Ads

ads header

Flash News

Abu Talib Othman peringat Tommy pastikan semua dapat keadilan


Peguam Negara yang baru dilantik Tommy Thomas perlu memastikan semua pihak mendapat keadilan, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Abu Talib yang mengucapkan tahniah kepada Thomas atas pelantikannya dan juga merakamkan ucapan selamat berjaya kepada beliau.

“Saya berharap semoga beliau berjaya dan memastikan keadilan untuk semua," kata Abu Talib kepada pemberita di Menara Ilham, semalam.

Abu Talib, yang juga pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menambah bahawa jawatankuasa itu akan mengemukakan hasil siasatan kepada peguam negara sebaik sahaja siasatan selesai.

“Selepas (siasatan selesai), ia perlu dikemukakan kepada peguam negara untuk dipertimbangkan. Sama ada untuk mengemukakan pendakwaan atau tidak adalah perkara yang terserah kepada peguam negara atau pendakwa raya, itu adalah prosedur,” kata beliau.

Jawatankuasa Khas 1MDB ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan pada 17 Mei

Jawatankuasa itu dianggotai oleh rakan kongsi PwC Risk Assurance Services Nik Shahrizal Sulaiman, Rakan kongsi kanan Naqiz and Partners Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar, Penasihat kanan Financial Services Authority Indonesia Faris Rabidin, dan pengasas Pusat bagi Menangani Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel.

Pada 15 Mei, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mengumumkan bahawa Laporan Pengauditan 1MDB telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka.

Laporan tersebut dikelaskan sebagai “Rahsia” pada 22 Jan, 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 4 Mac, 2016.

- Bernama


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan