Header Ads

ads header

Flash News

Abd Aziz Sheikh Fadzir dilantik pengerusi eksekutif baru Utusan


Utusan Melayu (Malaysia) Bhd melantik Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengerusi eksekutif yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Abd Aziz ketika ini ialah Pengarah di Gold Bridge Engineering & Construction Bhd serta Pengerusi Eksekutif Kretam Holdings Bhd, menurut syarikat penerbitan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari Indiana University, Amerika Syarikat itu merupakan ahli politik dari Umno selain bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Sebelum ini dilaporkan, Utusan Melayu pada 15 Mei mengumumkan peletakan jawatan secara sukarela oleh para pengarahnya serta bekas pengerusi – Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Tiga pengarah itu ialah Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Jamalul Kiram Mohd Zakaria dan Mohd Yusof Abu Othman.

Sementara itu kelmarin, semasa mesyuarat agung tahunannya, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas dilaporkan berkata Utusan Malaysia perlu mempertimbangkan skim pemisahan sukarela (VSS) sebagai sebahagian langkah penstrukturan semulanya.

Beliau dilaporkan berkata bahawa akhbar berbahasa Melayu itu tidak boleh mengenepikan kenyataan tersebut dan VSS berkenaan perlu dilaksanakan, selain langkah pengurangan kos keseluruhan.

“Ini adalah untuk mengelakkan situasi masa depan supaya syarikat tidak menderita kerugian berjuta-juta ringgit setiap bulan,” katanya.

Semasa pasaran saham ditutup semalam, saham Utusan Melayu susut setengah sen kepada 22.5 sen dengan 7,500 saham diniagakan.

- Bernama

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan