Header Ads

ads header

Flash News

Sumber SPRM: Tiada kemasukan RM90j dari 1MDB ke akaun rasmi PAS


Sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS.

Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke atas dakwaan yang mengatakan pemimpin parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

"Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun (rasmi) PAS," kata pegawai yang rapat dengan siasatan kes berkenaan.

Sumber juga mengesahkan bahawa akaun yang diteliti adalah akaun yang didaftar di bawah nama parti dan bukannya akaun peribadi pemimpin PAS.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada SPRM sudah selesai meneliti akaun peribadi pemimpin PAS yang dikaitkan dalam siasatan yang dilancarkan suruhanjaya itu enam hari lalu.

Cubaan untuk mendapatkan ulasan dan perkembangan terbaru berhubung kes itu dari pegawai atasan SPRM tidak berhasil.

Difahamkan, pegawai SPRM bersifat lebih tertutup berhubung siasatan berkenaan selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull berkata beliau tidak mahu sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Rabu lalu, SPRM dalam kenyataan medianya mengesahkan memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan.

Laporan itu, yang menurut SPRM dilaporkan oleh orang awam, dibuat selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersetuju untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman fitnah ke atas Sarawak Report.

Saman berkenaan berhubung laporan portal Sarawak Report pada 2016 yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada parti berkenaan.

Turut didakwa bahawa dana berkenaan kemungkinan datang dari 1MDB.

Sejak siasatan bermula, SPRM dilaporkan telah merakam keterangan daripada beberapa pemimpin PAS termasuk Anggota Jawatankuasa Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas pengerusi Bersih, S Ambiga.

MR :  Makin menarik, tunggu siapa yang kena


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. 32:25 (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

    BalasPadam