Header Ads

ads header

Flash News

Bantah ICERD: Julung kali PAS, Umno sepentas di Temerloh hari ini


Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar menyeru seluruh masyarakat berdekatan untuk hadir ke Himpunan Kesatuan Ummah Negeri Pahang atau 612 Temerloh bergema hari ini, bersamaan 6 Disember.

Katanya, himpunan tersebut sebagai satu semangat dan lonjakan sebelum ke himpunan yang lebih besar membantah ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka, pada 8 Disember 2018.

Sementara itu untuk himpunan di Dataran Temerloh hari ini, akan bermula dengan Solat Maghrib berjamaah dan Solat Hajat yang akan diimamkan oleh tokoh ulamak Tuan Guru Haji Mohd Baqi.

Seterusnya Kuliah Maghrib Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Islam An-Nuur diikuti dengan Solat Hajat.

Bermula selepas Isya, program dimulakan dengan selawat oleh kumpulan B'Lafzy dan Huffaz.

ADUN Beserah Andansura Rabu akan mempengerusikan majlis dengan aluan oleh ADUN Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar, Exco negeri yang juga Pengerusi Bersama Himpunan Aman Kesatuan Ummah Pahang.

Selepas itu dituruti pidato oleh Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia Salamiah Mohd Nor yang juga Ketua Muslimat PAS Pahang, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Pengerusi UMMAH Malaysia Haji Kamaruzzaman Mohamad.

Seterusnya pidato daripada Ketua Wanita UMNO Malaysia Dr. Noraini Ahmad, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Naib Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Acara kemuncak ialah pidato daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Semua peserta dipesan agar berpakaian putih dan membawa sejadah atau alas masing-masing.

Inilah masanya bangsa Melayu yang beragama Islam bersatu di atas dasar mempertahankan hak di negara ini dengan menanggalkan pakaian parti, pertubuhan dan ego masing-masing.

Ayuh, kita tunjukkan bahawa orang Melayu di negara ini masih mempunyai maruah dan tidak mudah untuk dicabar dan diperkotak-katikkan oleh ras lain yang tidaklah seramai mana, tetapi mereka memegang tampuk kuasa kini setelah dibantu oleh kalangan bangsa Melayu sendiri!


MR :  Titik pertemuan bersebab bergitu juga titik perpisahan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kalau baju oren yang berhimpun tiada siapa yang amek port

    Bila baju putih nak berhimpun, ramai pula yang melalut

    Nampak sangat baju putih lebih berimpak dari baju oren.

    BalasPadam
  2. Parti kafir harbi biaDAP dan khadam-khadam munafik liberalnya panik , menyalak dan menjerit histeria setiap kali mereka melihat umat Islam bersatu padu menentang agenda jahat pakatan munafik liberal-kafir harbi.

    Jika umat Islam mula sedar tentang peranan pakatan memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam, ia bererti kekalahan pakatan dalam PRU yang akan datang !!!

    BalasPadam