Header Ads

ads header

Flash News

Sudah-sudahlah Malukan Diri Sendiri, Rafizi!


SHAH ALAM – Rafizi Ramli dinasihatkan untuk menerima hakikat selepas tewas dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, dan seharusnya terus bergerak ke hadapan, bukannya terus memalukan diri sendiri.

Bekas Ketua PKR cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, Rafizi kini sedang menjadi bahan ketawa gara-gara mendakwa wujudnya ‘malware’ ketika Pemilihan berlangsung di cabang Julau, Sibu baru-baru ini.

“Dalam alam maya ramai termasuk pakar IT mentertawakan lawak Rafizi yang menyatakan aplikasi ‘prey’ sebagai malware atau virus.

“Ternyata dia tenggelam dalam ilusi cuma minta Rafizi sudah-sudahlah jangan propaganda sampai menipu dan memakan diri,” katanya menerusi satu status di Facebook hari ini.

Chegubard juga menyentuh mengenai sebuah video yang dikatakan disebarkan oleh seorang calon di Tawau, yang menunjukkan Kod QR yang membolehkan ahli mengundi beberapa kali.

Dakwa Chegubard, calon tersebut yang bertanding sebagai Naib Ketua Cabang Tawau adalah penyokong Rafizi yang tegar.

Beliau berkata jika video itu adalah bukti bahawa sistem e-pengundian boleh dimanipulasi, ia boleh membatalkan keputusan pemilihan malah memberi risiko yang besar kepada parti sendiri.

“Nampaknya video ini disyaki konspirasi dengan ‘pengeluar QR code’ yang dikawal ibu pejabat supaya boleh dirakam dan jika kalah boleh dijadikan alasan baru lagi.

“Namun Rafizi kena sedar tindakan ini bukan sahaja merisikokan parti. Parti sudah di hujung tempoh masa pemilihan dibenar ROS.

“Jika ini dijadikan alasan bukti sistem ini boleh dimanipulasi (menipu), maka pemilihan terbatal dan parti bakal digantung… Lainlah Rafizi nak guna strategi “bumi hangus” iaitu bila dia tak dapat jawatan biar semua tak dapat dan parti haram pun tak mengapa,” katanya lagi.

Justeru katanya, Rafizi perlu berhenti ‘berdrama’ dan menerima keputusan dengan hati terbuka, seterusnya bermuafakat dengan ahli yang lain.

Tambahnya, Presiden PKR yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti akan memberikan jawatan kepada Rafizi bagi menghargai sumbangannya.

“Mohon Rafizi sekali lagi jangan malukan diri atau merisikokan rumah perjuangan marhaen ini. Ini masanya biduk berlalu kiambang bertaut. Sudahlah dengan pengundian, hujung minggu hadapan satukan semua dalam Kongres PKR 2018

“Ingat agenda misi merialisasikan janji dan khidmat pada rakyat dan menjaga tanah air ini jauh lebih penting,” katanya lagi. -SuaraTv


MR :  Nanti ada yang kata, sudah-sudahlah Cikgu Bard engkau tu dah dibuang


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan