Header Ads

ads header

Flash News

Syiah Jadi Mazhab Islam Di Malaysia?


PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah apabila wakil mereka turut dijemput memberikan pandangan.

Wakil yang menyampaikan pendirian yang menyebelahi Syiah ialah Dr. Mohd Faizal Musa, pensyarah dan pengarang yang lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani telah banyak kali terpalit dengan kontroversi dikaitkan dengan Syiah, yang didakwahkan melalui karya-karyanya.

Beberapa buah buku beliau telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, antaranya Sebongkah Batu Di Kuala Berang terbitan PTS dan Perempuan Nan Bercinta terbitan ITBM.

Beliau turut menerbitkan buku yang bertajuk Ingin Jadi Nasrallah, menunjukkan kekaguman beliau pada Hassan Nasrallah, pemimpin kumpulan Syiah Hizbullah di Lubnan.

Faisal Tehrani telah menyampaikan pandangan yang mahukan lebih kebebasan untuk masyarakat Syiah di Malaysia.

Menurut Faisal Tehrani, masyarakat Syiah didiskriminasi di Malaysia dan dilayan secara tidak adil oleh kerajaan.

Persoalan yang perlu ditanya ialah kenapa sekarang beliau diberikan peluang untuk menyampaikan pandangan membela Syiah?

Satu lagi soalan tidak kurang penting ialah kenapa kerajaan baru mahu melayan orang seperti ini?

Adakah ini menandakan keterbukaan baru yang akhirnya membolehkan Syiah diterima sebagai salah satu mazhab Islam di Malaysia?

Ini tidak mustahil kerana pandangan diutarakan Faisal Tehrani ini menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menghukum Syiah sesat.

Kerajaan baru juga sibuk mempertikaikan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan mempertikaikan pihak berkuasa agama.

Sesuai dengan slogan yang mereka canang, “Islam untuk semua” dan “tidak ada paksaan dalam agama,” nampaknya tidak jauh lagi untuk Syiah diberi pengikitrafan.

Mereka pun sudah lama menyarakan agar Malaysia lebih terbuka dengan kepelbagaian dalam agama termasuk Syiah.

Rata-rata pemimpin Pakatan Harapan percaya dengan kebebasan beragama dan ini termasuk memberi kebebasan kepada Syiah.

Banyak pihak sudah mula bimbang dengan kemunculan Syiah dalam kerajaan baru PH yang baru memerintah.

Mohamad Sabu sebelum ini pernah kecoh dengan dakwaan yang beliau menganut fahaman Syiah.

Beliau kerap ke Iran dan sering menyebut nama-nama pemimpin Iran dan Hizbullah di Lubnan dan memuji mereka.

Rakan beliau dalam Parti Amanah Negara (PAN) yang sekarang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka juga didakwa pengikut Syiah.

Maka jelaslah, kalau benar, ini bermakna Syiah sudah memegang Kementerian Pertahanan Malaysia dan menjadi ketua di sebuah negeri.

Sudah tentu mereka lebih mudah melebarkan pengaruh dan menyebar fahaman mereka secara perlahan dan berperingkat.

Maka langkah menemui dan menyampaikan pandangan kepada Majlis Penasihat Negara itu satu peluang yang mereka telah berjaya manfaatkan.

Halangan-halangan awal telah mereka lepasi, dan semakin mudahlah mereka mahu jadikan Syiah sebagai satu mazhab Islam yang diterima di Malaysia. – Mynewshub.tv


MR : Bukan semua mazhab syiah itu sesat, walaupun ada pimpinan Amanah dikatakan bermazhab syiah, saya rasa yang pentingnya pimpinan Amanah jangan 'jual agama' kepada bukan Islam demi nak rais sokongan bukan Islam. Prinsip Islam mesti ditegakkan. Jangan jadi "Pasu Bunga" dalam Pakatan Harapan, aguk aje walaupun merugikan umat Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Syiah adalah sesat lagi menyesatkan bahkan kafir kerana ajaran Syiah dan kitab Syiah memberikan imam-imam Syiah sifat-sifat Tuhan , mendakwa Al-Quran tidak lengkap, mengkafirkan para sahabat Rasulullah dll dan menghina dan menfitnah isteri Rasulullah S.A.W. dll

    Kera jaan pakartun sudah pasti menyokong, membela dan memperjuangkan ajaran sesat lagi menyesatkan seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, Qadiani, Syiah, feminisme kerana sebilangan pemimpin puak pakartun sendiri telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Dan ostad-ostad pakartun adalah seperti pasu bunga, syaitan bisu atau keldai pembawa kitab kerana mereka berdiam diri terhadap semua kemungkaran dan kesesatan tersebut dan penghinaan ke atas Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  2. Omg syiah sesat di jadikan mazhab

    BalasPadam
  3. jika mahu negara berada dlm huru hara .. bertumpah darah sila biarkan syiah berkembang ... negara yg ada penganut syiah iran irak syiria yaman pakistan bunuh membunuh antara satu sama lain ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak Syiah pernah bersekutu dengan musuh Islam seperti puak Mongol dan Amerika Syatikat menumbangkan kerajaan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan membunuh umat Islam.

      Padam
  4. Kalau syiah xiktiraf 3 sahabat sebelum ali, apa kedudukan quraan n hadis yg susur galurnya drp mereka ini

    BalasPadam