Header Ads

ads header

Flash News

Bantuan nelayan, Salahuddin bercanggah dengan Mahathir


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberikan pendirian bercanggah dengan Menteri Pertanian Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkaitan bantuan bulanan kerajaan kepada nelayan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan Malay Mail hari ini berkata kerajaan berhasrat memansuhkan bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 kepada 57,000 nelayan.

Salahuddin dalam sidang media semalam pula menjamin kerajaan akan meneruskan bantuan itu.

Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau sedang mendapatkan penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berkaitan perkara itu.

Mahathir dalam wawancara itu berkata Putrajaya tidak dapat mengekalkan dasar-dasar era BN kerana kekurangan dana.

Wang salah guna dana kerajaan

“Mereka mampu beri kerana ia wang curi. Atau ia disalah guna daripada dana-dana kerajaan, untuk menjadi popular di kalangan nelayan.

“Kita tidak boleh gunakan wang kerajaan untuk itu, untuk menjadi popular. Kita tiada wang curi untuk diberi pada mereka.

“Jadi kita terpaksa potong. Mereka hilang pendapatan tetap percuma. Kerana kita tidak dapat beri, mereka tidak akan gembira,” beliau dipetik sebagai berkata semalam.

Salahuddin, dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet sebelum ini berkata, beliau menerima aduan nelayan bahawa elaun mereka tidak dimasukkan ke dalam bank.

Bagaimanapun, katanya, ini hanya kes terpencil susulan kemungkinan masalah teknikal dengan salah satu bank serta menjadi ia tidak akan dihentikan.

“Saya ingin nyatakan semua elaun sara hidup dah dideposit 11 Jun.

“Secara umum semua bantuan berkaitan bajet akan diteruskan seperti biasa. Rakyat tak usah bimbang bila tukar kerajaan elaun sara hidup dihentikan. Itu tidak berlaku,” katanya.

Katanya, jika ekonomi bertambah baik dan hutang negara dalam kawalan, insentif-insentif kepada rakyat akan disemak semula.

Bantuan kepada nelayan itu diberikan sejak 2008 bagi membantu mengurangkan kos sara hidup mereka.

Hanya nelayan yang turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun layak mendapat bantuan itu.


MR : Mahathir cakap ikut nasihat Lim Guan Eng (baca DAP), sedangkan Salahuddin sebagai menteri dia dapat nasihat pegawai kerajaan dan turun padang meninjau keadaan nelayan kita.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Jangan tuding jari pada MOI. Tuding jari pada 30%. 30% ini sentimentalnya mengatasi rasionalisasi.

    Walhal 30% itu ada pertalian darah dengan pihak yang di potong bantuan sara hidup. Tapi sentimental punya pasal, saudara sendiri yang menanggung akibatnya.

    Hmm

    BalasPadam
  2. Wang curi tidak boleh digunakan untuk sara hidup.

    Namun apakah ada bukti wang itu dicuri? Kalau benar wang siapa kena curi?

    Kalau tidak ada bukti dan bukan wang curi, ia satu fitnah.

    Cumanya bolehkah pihak yang difitnah ambil tindakan saman?

    BalasPadam
  3. Akan tiba giliran pejuang agama di pelbagai bidang akan di sekat bantuan. Dalam masa terdekat mungkin. Tersenyum lebar para yakjuj makjuj bermata sepet.

    BalasPadam
  4. Untuk meningkatkan pendapatan, hanya boleh di buat dengan menambahkan produktiviti nelayan dan/atau menaikkan harga ikan basah.

    BalasPadam