Header Ads

ads header

Flash News

1MDB: Guan Eng telah membuktikan Arul Kanda betul


Lim Guan Eng berkata bahawa RM3 bilion telah dicuri dari TRX untuk membayar hutang 1MDB.

Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan kini perlu menyelamatkan TRX dengan tambahan RM2.8 bilion untuk menyelesaikan projek yang kemudiannya akan mendapat keuntungan kerana ia akan menjana sekurang-kurangnya RM7.6 bilion dalam jualan.

Hanya orang yang ‘uneducated’ dan mereka yang tidak mempunyai akal logik akan mempercayai Menteri Kewangan kerana dia sebenarnya sedang mempolitikkan untuk menyesatkan rakyat.

Adalah penting bahawa semua orang tahu bahawa projek TRX adalah 100% milik 1MDB dan 1MDB adalah 100% dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Mari kita melihat secara jelas..

Seperti kira semua maklum, semua dana 1MDB adalah dari pinjaman. Ini termasuk dana yang digunakan untuk membangunkan projek TRX. Apabila anda meminjam dana, sudah tentu anda perlu membayar pinjaman – inilah yang dilakukan oleh 1MDB.

Apa yang salah dengan itu? Itulah cara setiap pemaju hartanah lakukan apabila mereka meminjam dari bank untuk membangunkan projek. Mereka masih perlu membayar pinjaman dalam masa fasa pembangunan projek.

Apabila projek selesai, pemaju kemudiannya akan membuat keuntungan yang akan meliputi semua kos termasuk kos untuk membayar pinjaman.

Inilah yang dikatakan Guan Eng apabila beliau berkata projek TRX akhirnya akan menghasilkan keuntungan.

Bagaimana pula ia boleh dipanggil ‘bail-out’ apabila pada akhirnya, anda akan mendapat keuntungan – terutamanya kerana anda adalah pemilik projek itu 100%.

Adakah anda mengatakan bahawa anda ‘bail-out’ diri sendiri dan anda juga boleh membuat keuntungan?

Apa yang di perkatakan oleh Guan Eng bahawa kita akan membuat keuntungan dari TRX pada dasarnya membuktikan bahawa Arul Kanda tidak berbohong apabila dia berkata 1MDB boleh mengawal hutangnya sendiri dan masih mampu membuat keuntungan dari masa ke masa.

Jadi, tidak semua RM30 bilion lesap, Masih ada projek Bandar Malaysia yang lebih besar yang bernilai sekurang-kurangnya RM20 bilion serta hartanah bernilain bilion Ringgit tanah ayer hitam dan Pulau Indah. Secara keseluruhan, hutang semasa 1MDB akan dilindungi sepenuhnya oleh semua jualan aset yang bernilai ini.

Ini sekali lagi membuktikan bahawa ‘lumping’ dalam semua liabiliti luar jangka yang juga termasuk pinjaman 1MDB untuk menjadikan angka hutang negara RM1 trilion adalah tipu!

Tolonglah … Pelabur asing boleh melihat ini walaupun berjuta-juta rakyat biasa Malaysia tidak boleh. Itulah sebabnya mereka terus membawa keluar wang dari Malaysia setiap hari kerana mereka tahu menteri kewangan lebih suka menakut-nakutkan rakyat dan bermain politik dalam semua kenyataannya bukannya menguruskan kewangan negara dan memberikan keyakinan kepada para pelabur.

Sumber: The Phantom Of The Pakatan Opera


MR : Duit 1mdb setiap kuar masuk di kawal oleh mof,maksud nye,1mdb pinjam kt mof utk projek trx,kemudian 1mdb byr blk ke mof dgn faedah nye skali bila projek trx tgh berjalan,jd setiap sen yg pelabur asing byr,akan masuk ke mof dulu,kemudian baru bg keuntungan nye ke 1mdb,dlm masa yg sama,mof pn akan dpt keuntungan nye jgk ats setiap projek 1mdb termasuk la projek trx..jd 100% pegangan saham tu jd milik mof,1mdb tugas nye lebih kurang mcm cari pelabur asing,tu yg LGE nmpk projek trx ni dpt bg keuntungan kt mof,sbb tu la die nk terus kn gan suntikan dana..30billion tu bkn utk projek trx je,tp utk projek2 yg lain,sedangkn projek trx je dpt bg keuntungan berlipat ganda, ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Tak nampak langsung idea baru dlm membangunkan sistem kewangan kita...Balik balik 1mdb..Woi apek apa dah jadi dgn sistem kewangan kita ni..

    BalasPadam
  2. Ingatkan 1mdb paling teruk. Ropa2nya taklah seteruk terowong tikus bawah laut: tanah negeri merosot, pengguna bayar tol, poket kroni terus mengembong. Huhuhu.

    BalasPadam
  3. sabar jerlah...kita yng tak pangkah PH ni doa jer..bnyak2 dan Ds Najib sekeluarga pun doa bnyak2 sbb beliau sekeluarga yng teruk kena fitnah dan dianiaya...maka doa DS Najib sekeluarga tiada hijab dgn Allah..

    BalasPadam