Catatan kepada pelawat:

Catatan kepada pelawat blog: Saya bina blog ini khas untuk saya sendiri bagi memudahkan saya memantau penulis-penulis di alam siber (internet) mengemas kini tulisan mereka.

Konsep : Artikel pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat.. yakni penulis ini memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau mungkin kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel ini adalah artikel yang perlu kepada perbahasan minda.

Sabtu, 11 Jun 2011

Media elektronik diminta untuk hebahkan maklumat tarif elektrik baru

Oleh Ong Vic Kee

Pengamal media elektronik diminta untuk "menyebarkan maklumat tentang kenaikan tarif elektrik", menjelaskan kewajaran di sebaliknya kepada khalayak ramai. Seorang pengamal media yang enggan namanya dilaporkan, memberitahu MerdekaReview bahawa "pihak berkenaan" yang telah merasai bahang rungutan rakyat itu, kini berharap agar media berkata sesuatu yang baik untuk dirinya.

Media elektronik, termasuk stesen televisyen dan radio, menerima surat rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertarikh 7 Jun 2011. Dalam surat tersebut, pengamal media diminta kerjasama untuk "menghebah dan mewar-warkan maklumat tarif elektrik baru Tenaga Nasional Berhad", yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.

Pengamal media mengesahkan khabar ini kepada MerdekaReview, bahawa SKMM bukan bermakna untuk "membuat iklan" dalam stesen televisyen mahupun radio, sebaliknya hanya meminta agar "PSA" (Public Service Annoucement) disiarkan di celah-celah antara rancangan - seolah-olah untuk berkata sesuatu yang baik untuk pihak TNB/Kerajaan.

Menurut sumber, ini bukan kali pertama pihaknya diminta untuk menyebarkan maklumat bagi pihak kerajaan, malah mereka pernah diminta untuk berhenti memainkan isu-isu tertentu. Beliau menganggap "permintaan" yang "wajib" ini sesungguhnya akan mencungkil ketidakpuasan.
Kerajaan persekutuan mengumumkan kenaikan tarif secara purata pada kadar 7.12%, iaitu dari RM31.31/kWh kepada RM33.54/kWh. Kerajaan menjelaskan bahawa kenaikan 7.12% itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.


Yang berikut adalah surat rasmi yang ditujukan kepada media elektronik:


MOHON SIAR PSA KADAR TARIF BARU TENAGA NASIONAL BERHAD


Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar tarif elektrik baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa 1 Jun 2011. Sehubungan dengan ini, TNB memohon kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memaklumkan pelaksanaan kadar tarif elektrik baru tersebut.
4. Oleh yang demikian, selaras dengan syarat lesen khas mengenai layanan kepada kerajaan, diminta kerjasama pihak puan untuk menghebah dan mewar-warkan maklumat tersebut kepada penonton dan pendengar stesen-stesen kendalian pihak puan. Bersama-sama ini dilampirkan teks hebahan dan rerayap televisyen untuk tindakan segera pihak puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ZULKARNAIN MOHD YASIN
Pemangku Pengarah Kanan
Jabatan Pemantauan Industri dan Penguatkuasaan
B/P Pengerusi


*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut. disunting dan diterjemah dari teks asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular