Header Ads

ads header

Flash News

Under the moonlight 4

BILA PAS nak menang? Jawapan pemimpin dan ahli PAS ialah "Islam pasti menang", ada yang bertanya "Bila?", jawapannya "Siapa kita nak menentukannya, sedang itu adalah ketentuan Allah S.W.T".

Kewajipan kita adalah berjuang dan berusaha sedaya yang mampu dan yakin bahawa sampai ketikanya kita akan tiba kepada matlamat yang hendak dituju, dengan syarat jalan yang dilalui itu betul dan tepat dengan peta yang ditunjuki oleh Allah S.W.T dan RasulNya.

Berbekalkan keyakinan, ahli PAS terus sabar, kata hukama:

"Bukan sabar itu bila ia memancing di daratan melainkan kebodohan."

Dengan maksud, tiada kesabaran kepada sesuatu yang bukan pasti melainkan semuanya kebodohan. Kerana itu PAS tidak memilih jalan lain melainkan Islam, kerana yakin inilah jalan yang paling tepat menuju kepada kemenangan di dunia dan akhirat meskipun dihujani jutaan peluru fitnah yang cuba menghalang.

Seorang lelaki Badwi bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Seorang berperang kerana untuk mendapatkan ghanimah dan seorang lagi untuk menunjukkan kejaguhannya. Siapakah di antara mereka yang berjuang di jalan Allah S.W.T?". Lalu Rasulullah S.A.W menjawab:

مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا، فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

"Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.”

Ahli PAS sanggup berkorban walaupun dengan senario politik yang tidak begitu berpihak kepada PAS, meredah benteng-benteng fitnah dan terus berkorban dengan keyakinan bahawa segala pengorbanan untuk meninggikan kalimah Allah S.W.T, tidak sedikit pun akan disia-siakan oleh Allah S.W.T, firman Allah S.W.T:

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

(at-Taubah: 111)

Islam jalan kami, inilah jalan menuju kemenangan dan inilah keyakinan kami.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABARPesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur

MR : Tajuk gempak....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan