Header Ads

ads header

Flash News

Tindakbalas terhadap Malaysia, China mula berunding dengan Thailand untuk buka Terusan Kra



Malaysiakini suratkhabar PH menyiarkan berita bahawa Mahathir bincang proses damai dengan PM Thai esok. Malaysia adalah pengantara yang ikhlas dalam peranannya sebagai fasilitator dalam proses rundingan damai di selatan Thailand, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel menjelang lawatan dua hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke negara itu, esok (hari ini).

Malaysiakini menulis, Perdana Menteri dijadual tiba di Bangkok sebelum tengah hari esok (hari ini) untuk lawatan rasmi pertamanya ke Thailand semenjak menerajui negara pada Mei, dan isu rundingan damai di selatan Thailand dijangka menjadi agenda utama semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya, Jen Prayut Chan-o-cha.

Ramai penganalisis berkata Mahathir pergi ke Thailand dalam cubaan menghalang pembukaan Segentian Kra yang kita dimulakan semula oleh pihak China dan Thailand setelah terhenti dalam perbincangan awal 23 Disember 2014 lalu. Ada yang mengatakan usaha Malaysia dibawah Najib melalui hubungan baik dengan China dan Thailand membuatkan projek ini terhenti.

Apabila PM tua yang dulu seorang yang hebat dilantik semula. Kerana dendam kepada UMNO dan Najib semua projek Najib dimusnahkan tak kira projek ini manafaat atau tidak. Rakyat derita atau tidak asalkan nafsu dendamnya boleh dicapai.

Angkara perancangan hebat PH dengan pimpinan Mahathir Malaysia dapat bala. ECRL walaupun tak dibatalkan, kini telah ditangguhkan. Dan sebagai 'balasannya' China mula berunding dengan Thailand untuk buka Terusan Kra, Apabila Segenting Kra ini dibuka laluan baru perdagangan dan pengangkutan laut tanpa perlu melalui Selat Melaka lagi.

Hebatkan perancangan Mahathir dan PH? Perdana Menteri tua (akal tidak panjang lagi), si Mahathir, PH dan penyokongnya yang masih sibuk dengan Jambatan Bengkok manakala Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan pelbagai manipulasi dan data yang entah mana dapat MENIPU (KENCING) RAKYAT.

Harga barang tak turun, kos sara hidup makin meningkat. Yang hebatnya tuduhan Najib dan UMNO sahaja banyak, tapi hukuman belum ada.

Entahlah PH kenapa engkau ada penyokong BODOH.

3Z


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Cerita David and Goliath hanyalah cerita zaman kuno. Ia berkenaan dengan akal. Yakni akal adalah aset terpenting di zaman itu (zaman gua). Kini, ia bukanlah sumber inspirasi yang baik. Zaman yang mana ekonomi, teknologi, super komputer dan hipokrasi diplomasi dan senjata unconventional adalah ukuran kekuatan, David yang sudah Tua hanya boleh mendabik dada dan menjaja tin kosong saja.

    BalasPadam
  2. Kera jaan pakatan sudah lupakah bahawa pengkalan tentera China sangat hampir dengan negara kita? Bukankah mantri pertahanan pakatan telah mendakwa hanya hanya 4 jet pejuang yang boleh berfungsi? Bukankah ini berita buruk bagai kita semua?

    BalasPadam
  3. Bagi Negara Besar seperti China, negara kecil seperti Malaysia tidak perlu kpd tindakbalas fizikal. Menghabiskan duit dan tenaga. Cukup sekadar tindakbalas ekonomi. Kita boleh lihat nanti apabila Selat Melaka tidam lagi menjadi laluan kapal2 perdagangan. Apakah banyak kesannya ke atas ekonomi Malaysia. Zaman telah berubah. Bukan 20 30 tahun dulu. Silap besar jika mengharapkan kpd PM dan TPM yg dikatakan hebat suatu ketika dulu untuk pacu ekonomi negara.

    BalasPadam