Header Ads

ads header

Flash News

SPRM tangguh lagi siar senarai harta menteri dan Ahli Parlimen


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangguhkan penyiaran senarai harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen di portalnya sekali lagi.

Menurut sumber, tidak semua yang terbabit telah mengisytiharkan harta mereka.

“Jadi kita berikan mereka masa hingga akhir bulan ini.

“Mudah-mudahan ia dapat diumumkan pada 1 Nov depan,” kata sumber yang enggan dikenali itu.

Bulan lepas, SPRM menangguhkan penyiaran senarai tersebut daripada 1 kepada 15 Okt.

Ketua pesuruhjaya badan itu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, langkah itu bagi membolehkan semua Ahli Parlimen dan anggota Kabinet menyerahkan perisytiharan harta mereka kerana tidak semua telah berkhidmat lebih 3 bulan.

Senarai itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan SPRM sebelum disiarkan di laman web badan berkenaan.

Buat masa ini langkah perisytiharan harta tidak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pemimpin di peringkat negeri.

MR : Nak banding mana lebih banyak harta Anwar atau Mahathir. Nak banding juga harta Penyamum (Mahathir) dengan perompak (Najib)....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan