Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah batal tukar agama dua budak


KUALA LUMPUR, 16 Okt — Hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatal penukaran agama dua kanak-kanak yang dibuat tanpa pengetahuan bapa mereka, penganut Buddha.

Pada penghakimannya, Datuk Azizah Nawawi berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M Indira Gandhi.

Beliau juga tidak membenarkan penangguhan keputusan itu.Kedua-dua kanak-kanak tersebut kini berada dalam jagaan bapanya.

Kanak-kanak, masing-masing usia lapan dan tiga tahun ketika itu, ditukar agama kepada Islam pada 11 Mei 2016. Mereka dilahirkan ketika bekas isterinya menganut Buddha.

Lelaki itu kemudian membawa kes ke mahkamah untuk membatal penukaran tersebut. Pada masa ini, bekas isterinya beragama Islam.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam tidak sah disisi undang-undang.

Mereka ditukarkan agama kepada Islam oleh bekas suami Indira iaitu Muhammad Ridhuan Abdullah, seorang mualaf, pada April 2009 tanpa keizinan selepas beliau memeluk Islam.

MR : makin hari makin terhakis kuasa umat Islam dinegara sendiri akibat bodoh berpolitik....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan