Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir berdalih lagi, Jambatan bengkok 'cadangan pihak lain'


Cadangan untuk mempertimbangkan semula pembinaan jambatan bengkok 'datang dari pihak lain' dan bukan dari dirinya, jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada sidang akhbar di lobi parlimen, perdana menteri berkata cadangan itu muncul ketika mesyuarat bersama Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian bulan lalu.

Menjawab soalan jika kerajaan sah memulakan semula projek cetusan beliau ketika menjadi perdana menteri kali pertama dahulu, Mahathir berkata,"cadangan itu datang dari 'pihak lain', mereka kata mereka mahu membina jambatan bengkok tetapi ada orang kata tiada jambatan bengkok tetapi jambatan ketiga."

"(Kami perlu) mendapatkan persetujuan dari Singapura, tetapi Singapura mungkin tidak akan membenarkannya (jambatan ketiga).

"Jambatan bengkok tidak langsung melibatkan Singapura, jadi kami boleh membinanya pada bila-bila masa saja, tetapi untuk jambatan ketiga kami perlu memperolehi kelulusan dari Singapura," katanya.

Mesyuarat Lembaga Pembangunan Iskandar


Bagi soalan susulan jika kerajaan akan meneroka cadangan jambatan bengkok itu dalam masa terdekat, perdana menteri menjawab,"cadangan itu datang dari pihak lain, jadi kami akan menelitinya."

Pada Selasa lalu, Osman memberitahu media projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor ke Singapura akan dibincangkan kembali.

"Itu adalah kehendak Tun (Dr Mahathir) di mana dulu dia suruh Tun Abdullah (Ahmad Badawi) tak mahu buat, (Datuk Seri) Najib (Razak) tak mahu buat.

"Sekarang, dia jadi PM semula, pada mesyuarat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar bulan lalu dia tanya sama ada Johor masih mahu jambatan bengkok itu.

"Saya kata terpulang Tun, ini idea Tun. Jika Tun mahu (jambatan) ini diteruskan saya hanya ikut la. Ia mempunyai banyak kebaikan," kata Osman.

Projek tersebut enggan dilaksanakan dua bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Badawi.

Cakap-cakap mengembalikannya semula menerima maklum balas yang pelbagai.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau terkejut dengan kerajaan yang mempertimbangkan semula projek tersebut dalam keadaan negara sedang berjimat-cermat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata cadangan mempertimbangkan semula projek jambatan bengkok itu datangnya dari Osman dan masih belum dibentangkan kepada kerajaan persekutuan.

Keutamaan kerajaan sekarang adalah pada projek-projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, seperti sekolah dan hospital, katanya.

Singapura kata tiada komunikasi

Kementerian Luar Singapura juga menjelaskan hari ini pihaknya tidak menerima sebarang cadangan rasmi atau komunikasi dari Malaysia berkaitan pembinaan jambatan bengkok atau jalan perhubungan baru yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Projek jambatan bengkok asalnya jambatan enam laluan bagi menggantikan Tambak Johor.
Bagaimanapun, memandangkan Singapura tidak bersetuju dengan projek itu, rekaannya diubah menjadi melengkung di bahagian sempadan Malaysia yang membolehkan kapal berlayar di bawahnya lantas mendapat gelaran 'jambatan bengkok'.

Jambatan itu bersambung dengan bahagian Tambak Johor di sempadan Singapura yang tidak dirobohkan.

Mahathir pada 2003 memberi lampu hijau terhadap projek ini sebelum pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkannya



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Kesian laa atuk. Ada saje orang pakai nama dia. Rasanya atuk kena buat video emosi lagi ni. Baru menusuk jantung.

    BalasPadam
  2. dah sampai tahap ini cakap berdolak dalih rakyat masih sanjung .apa nak jadi nampaknya semua dah tak boleh fikir dengan lurus memang kena cakap bengkang bengkok kesian lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kata selagi boleh jilat, jilat. Sebab takut malu nak ngaku kena kencing.

      Padam
  3. tak apa bila Putrajaya bertukar tangan pasca PRU 15, projek itu boleh dibatalkan kerana hutang yang terus meningkat. padam muka.

    BalasPadam
  4. Bagaimana boleh kerajaan menimbangkan projek jambatan bengkok sedangkan pihak kerajaan juga yang menyatakan kerajaan sedang menghadapi masalah kewangan???

    Rakyat boleh kena migraine memikirkan masalah ini.

    BalasPadam
  5. Singapore xsetuju, kerana tambak johor bakal dirombak. Ini merugikan eokonominya jangka panjang jika sebahagian kapal melintasi Selat Tebrau.Kita tengok riaksi Dap proxy S'pore terhadap Jambatan bengkok.

    BalasPadam