Header Ads

ads header

Flash News

Khabib tolak tawaran RM62.1 juta


MAKHACHKALA - DAGESTAN . Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov menolak tawaran AS$15 juta (kira-kira RM62.1 juta) untuk bertarung semula dengan Conor McGregor.

Perkara itu disampaikan bapa saudara Khabib, Alex Nurmagomedov dalam satu temubual dengan akhbar Rusia, baru-baru ini.

Sebaliknya, Alex berkata Khabib lebih teruja untuk bertemu Tony Ferguson.

"Dia mahu bertemu Tony sebelum bersara," kata Alex.

Untuk rekod, (sejak 2015) Khabib dan Ferguson telah empat kali dipertemukan namun pertarungan mereka dibatalkan pada saat akhir ekoran masalah kecederaan.

Selepas mengalahkan Anthony Pettis di UFC 229, Ferguson merasakan dirinya layak dipertemukan semula dengan Khabib.

Dalam perkembangan berkaitan, sahabat karib dan rakan sparing Khabib di American Kickboxing Academy (AKA) Daniel Cormier berpendapat perlawanan tinju antara petarung Dagestan itu dan Floyd Mayweather sebagai tidak realistik.

"Tentu sukar. Saya bimbang Khabib ajak Mayweather bergusti, itu sudah tentu foul," katanya.

Sebelum ini, Khabib secara bergurau melontarkan cabaran kepada Mayweather untuk perlawanan tinju.




Susulan itu, bapa Khabib, Abdulmanap berkata jika pertarungan itu menjadi kenyataan beliau mahu Mike Tyson dan Anatoly Lomachenko berada dalam kem anaknya. - Agensi..


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan