Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam


Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail mendesak Ahli Parlimen DAP, P Kasthuriraani tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.

Menyifatkan kenyataan wakil rakyat Batu Kawan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini memalukan, katanya, anak perempuan bekas pemimpin DAP, P Patto itu dangkal berkenaan Islam.

“Kami warga Pulau Pinang berasa kesal dengan kenyataan beliau yang jelas tidak memahami hal ehwal Islam berkaitan agama dan fahaman, walaupun beberapa kali ditegur oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, namun sedikit pun tidak diendahkan.

“Bagi saya, beliau tidak layak bercakap berkaitan hal tersebut kerana beliau tidak memahami dan terlalu dangkal terhadap perkara itu”, katanya seperti dilapor UMNO Online.

Terdahulu, P Kasthuriraani mendesak kerajaan menghentikan tangkapan ke atas individu yang menganut fahaman Syiah Imamiyyah dan ajaran sesat yang lain dengan alasan fahaman-fahaman itu adalah agama yang berbeza daripada agama Islam.

Kenyataannya itu bersandarkan kepada Perlembagaan negara yang mengatakan Islam Agama bagi Persekutuan tapi agama lain boleh diamalkan di Malaysia.

Walhal, Syiah Imamiyyah adalah salah satu fahaman yang menyeleweng di dalam Islam dan hanya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie sahaja yang dibenarkan untuk diamalkan dan diajarkan di dalam negara.

Mengulas lanjut, Norhiesam berkata, P Kasthuriraani sepatutnya merujuk kepada mereka yang lebih mengetahui terhadap konsep agama dan fahaman yang ingin dibentangkan.

Katanya, dalam Perkara 3, Perlembagaan menyebut hanya Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan, jadi sebagai Yang Berhormat, maka beliau seharusnya perlu memahami pendirian Malaysia dan bukannya Iran.

“Jadi tidak perlu memandai-mandai menyamakan ajaran yang diamalkan oleh Iran dan Malaysia.

“Syiah dan Ahmadiah bukanlah agama tetapi adalah fahaman yang sesat seperti yang disepakati oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perkara ini jelas dan tidak perlu lagi dipertikaikan lagi. Sebab itu saya tegaskan di sini, kalau tidak tahu tidak perlu cakap.

“Apa yang saya risaukan kenyataan beliau akan memaparkan imej buruk serta tidak benar terhadap Islam sebagai Agama rasmi negara kita dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai fahaman yang diiktiraf oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Puak kafir tidak pernah redha terhadap umat Islam dan agama Islam.

    Bahkan puak kafir adalah kepala hipokrit kerana mereka berpura-pura menghormati kebebasan beragama tetapi pada masa yang sama mereka menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam