Header Ads

ads header

Flash News

Kereta calon BN Semenyih disimbah cat


SEMENYIH - Kereta calon BN, Zakaria Hanafi disimbah cat berwarna kelabu ketika mereka sedang berkempen di Kampung Rinching Hulu, di sini, malam tadi.

Berdasarkan gambar yang tular dalam laman sosial, bahagian hadapan kereta jenis Mercedes Benz itu dilihat dipenuhi cat sampai ke bahagian cermin.

Menurut Zakaria, tindakan sebegitu memunjukkan lawannya berasa terancam dan tercabar dengan kempen BN di PRK DUN Semenyih. 
 

“Kalian hendak tahu apa feedback (tindak balas) saya selepas kejadian ini?

“Saya tetap akan berkempen. Sedikit pun saya tidak terkesan dengan kejadian ini apatah lagi melemahkan saya.

“Ini hanya petanda yang menunjukkan anda tercabar dan terancam. Benarkah?“ soal beliau menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Bahkan, Zakaria turut menegaskan tindakan sebegitu hanya akan menyemarakkan semangat jentera BN berkempen di Semenyih.

“Jika benar (rasa terancam), sediakan lebih banyak cat kerana tindakan ini hanya akan menyemarakkan lagi jentera BN yang akan membantu saya berkempen di sini,” tegasnya.

Begitupun, Zakaria mengakui beliau berasa sedikit sedih dengan apa berlaku malam ini.

“Cuma saya berasa sedikit sedih kerana orang kita akhlaknya bukan begini. Tidak sepatutnya begini,” ujarnya.


MR :  Dah jadi kerajaan tapi perangai macam pembangkang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan