Header Ads

ads header

Flash News

Dana asing lebih bahaya dari isu RM90 juta kata Tuan Ibrahim


Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu dana asing yang didakwa diterima DAP lebih bahaya berbanding isu RM90 juta yang dididakwa diterima PAS.

Ini kerana katanya dana asing tersebut disahkan sendiri oleh International Republican Institute (IRI), sekali gus menunjukkan campur tangan pihak luar.

"Saya fikir rakyat perlu bimbang (dana asing) ini lebih bahaya daripada isu RM90 juta yang memang tak ada pun.

"Tetapi yang pastinya IRI mengesahkan ia membantu membiayai parti-parti PH Pakatan Harapan) khususnya DAP.

"Ini lagi bahaya bagi sebuah negara bila dicampur tangan pihak luar dan sejauh mana dakwaan itu betul mesti disiasat," tegas Tuan Ibrahim pada sidang media selepas Forum Murabbi Ummah di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Anggota parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika mengulas laporan polis oleh Pemuda PAS kelmarin agar siasatan dibuat terhadap dakwaan DAP menerima dana asing.

Justeru katanya, PAS meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan membabitkan dana yang diterima parti-parti PH khususnya daripada luar negara.

Sementara itu ketika ditanya mengenai isu rakaman audio anggota parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui menerima dana daripada Umno, Tuan Ibrahim menegaskan ia bukanlah isu besar.

"Kita fikir yang besarnya bukan isu itu, bagi saya ia dah jadi akademik dah," katanya.

Beliau turut meminta pihak media supaya menonjolkan isu dana asing yang dakwa diterima PH berbanding memfokuskan isu dana diterima PAS dari dalam negara.

"Isu dana luar ini perlu diangkat oleh media sebab ia bahaya bagi negara berbanding dengan dana sama-sama sendiri ini.

"Kita dalam parti (PAS) contohnya kalau ada pilihan raya kita iklankan nombor akaun, siapa nak bagi sumbangan. Jadi bukan satu kesalahan pun. Bahkan orang Cina pun ada bagi sumbangan.

"Tapi kalau pihak asing bagi dana, itu bahaya. Dengan Israel lagi bahaya (sebab) kita tak ada hubungan diplomatik," tambah beliau.

MR :  Tapi bila dah jadi kerajaan PH suci.. DAP lagi suci


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Cerita dongeng RM90 juta dicipta untuk menfitnah parti Islam oleh barua dan pemimpin pakatan munafik liberal-kafir harbi untuk menutup isu parti kafir harbi roket mendapat dana dari NGO Zionis dan rejim pengganas Israel.

    Sepatutnya pihak berkuasa menyiasat parti kafir harbi roket bukan menjadikan parti Islam sebagai 'bogeyman' atau kambing hitam ! Mana integriti dan proffessionalisme pihak berkuasa ?

    BalasPadam