Header Ads

ads header

Flash News

Tiada keperluan kerajaan gubal undang-undang baru, kata Rais Yatim


SEREMBAN, 10 Jan ― Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Rais Yatim berpendapat tiada keperluan untuk kerajaan menggubal undang-undang baharu yang bertujuan untuk melindungi kesucian institusi diraja negara.

Beliau berkata institusi diraja negara telah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Hasutan 1948.

“Kita dah ada Akta Hasutan dan di situ dinyatakan adalah menjadi kesalahan jika mencerca raja, hakim dan sebagainya. Di bawah Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan peruntukan itu dah ada. Kenapa sampai hari ini tidak diambil tindakan dan nak tunggu undang-undang baharu.

“Yang kedua ialah dalam Perlembagaan Malaysia khasnya Perkara 181, Perkara 38, Perkara 32 dan Perkara 42 semuanya di situ telah (dinyatakan mengenai) memperkasakan insitusi diraja. Persoalan saya ialah kerana kita sangat lemah dari segi penguatkuasaan... ini kunci dia.

“Kita tak cekap menggunakan penguatkuasaan sebab itu kita diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Persatuan Minang Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang dipetik sebagai berkata undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina dan diserang pihak yang tidak bertanggungjawab.

Rais berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang dipetik sebagai berkata undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina dan diserang pihak yang tidak bertanggungjawab.

Liew berkata pindaan akan turut dibuat pada undang-undang sedia ada bagi tujuan yang sama.

Mengambil contoh Thailand yang amat tegas dalam penguatkuasaan terhadap mereka yang menghina institusi diraja, beliau mahu tindakan serupa diambil oleh kerajaan.

“Saya berpendapat undang-undang baharu tidak perlu... buktikan dulu kita cekap jalankan tugas dan tanggungjawab di bawah undang-undang yang sedia ada peruntukannya berhubung dengan menyerang dan memperkecilkan Yang di-Pertuan Agong sudah ada dalam Kanun Keseksaan, kenapa tak dilihat itu dahulu.

“Kenapa tiba-tiba nak buat undang-undang baharu sedangkan sekarang kita sudah ada lebih kurang 987 undang-undang utama,” katanya.

Dr Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata meskipun kenyataannya tidak sealiran dengan kerajaan, namun ia bukanlah bermaksud beliau mahu menjadikan dirinya popular.

“Saya bukan nak jadi popular tetapi saya ada sedikit ilmu (perundangan),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu berkata adalah tidak menjadi kesalahan untuk rakyat memberi teguran kepada institusi diraja namun perlulah berhemah dan tidak menghina. ― Bernama

MR :  Mahathir jual, Rais tukang lambung... selepas ini mereka putar rakyat dengan pelbagai maklumat propaganda...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan