Header Ads

ads header

Flash News

Pakar Nutrisi Jelaskan Salah Faham Telur


TELUR ayam ialah sejenis makanan paling popular, dihidangkan di semua jenis kedai makan, dimasak mengikut pelbagai cara dan resepi.

Tetapi makanan ini juga sering disebut-sebut sebagai punca kolesterol, merendahkan tahap kesihatan anda.

Pakar nutrisi berpendapat telur ialah pilihan yang sihat kerana kandungan protein dan vitaminnya.

Kandungan nutrisi tinggi


Telur mengandungi 13 jenis vitamin dan mineral penting, selain sumber protein yang berkualiti, yang membolehkan tubuh membina otot yang kuat dan sihat.

Sebiji telur mengandungi 6 gram protein, manakala sebiji telur bersaiz besar juga mengandungi hanya 72 kalori.

Ini bermakna sebiji telur memberikan banyak nutrisi dengan kalori yang rendah.

Telur juga kaya dengan nutrisi termasuk biotin yang membantu tubuh memproses makanan menjadi tenaga yang berguna, choline (diperlukan antaranya untuk metabolisme), vitamin A yang perlu untuk sistem imun, dan lutein dan zeaxanthin, antioksidan yang melindungi tubuh dari radikal bebas.

Telur juga salah satu daripada sebilangan kecil makanan yang mengandungi vitamin D secara semulajadi, yang menguatkan tulang.

Kuning telur

Kuning telur selalu dianggap tidak sihat dan dipenuhi kolesterol. Sebiji telur bersaiz besar mengandungi 186mg kolesterol, sedangkan tubuh hanya memerlukan kurang daripada 300mg sehari.

Bagaimanapun, kajian terkini mendapati bagi kebanyakan orang, kolesterol dari makanan tidak banyak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.

Selain kolesterol, banyak zat telur terkandung dalam kuning telur, seperti zat besi, folate, vitamin, lutein dan zeaxanthin.

Walaupun kandungan protein kuning telur kurang berbanding bahagian putih, ia mengandungi nutrien seperti vitamin larut minyak, asid lemak penting dan antioksidan.

Akibat salah faham tentang kuning telur, ada yang makan hanya bahagian putihnya dan membuang bahagian kuning.

Tetapi nutrien bahagian putih telur hanya protein dan vitamin B. Ini menyebabkan ramai pakar nutrisi menggalakkan makan kedua-dua putih dan kuning.

Kadar kolesterol

Kajian terbaru mendapati kolesterol dari makanan bukan faktor utama menyebabkan seseorang mengalami kadar kolesterol tinggi.

Faktor lebih utama berkaitan dengan penyakit jantung ialah genetik, kurang bersenam, dan gaya hidup seperti merokok dan minum alkohol.

Malah, kajian terbaru mendapati mereka yang makan sebiji telur sehari mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit jantung atau strok.

Ini mungkin disebabkan kadar kolesterol “baik” HDL yang tinggi, yang boleh membantu melawan pembentukan lemak di saluran darah.

Satu lagi kajian, diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, juga mendapati makan sebiji telur sehari tidak mendatangkan masalah kepada mereka yang berisiko mendapat penyakit jantung dan masalah kolesterol. – Time/Mynewshub.tv




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan