Header Ads

ads header

Flash News

Kelantan dibuli kalau Putrajaya tak saman Sabah, Sarawak


CAMERON HIGHLANDS: Putrajaya dilihat membuli kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS jika ia enggan menyaman kerajaan Sabah dan Sarawak dalam isu pencerobohan tanah adat, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS berkata Putrajaya perlu membuktikan tindakan saman bukan sempena pilihan raya kecil Cameron Highlands, dengan mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri lain yang pernah dituduh menyalahi hak tanah adat, seperti Sabah dan Sarawak.

“Peguam negara tidak boleh ambil pendirian berkonfrontasi dengan kerajaan-kerajaan negeri yang bukan bersama Pakatan Harapan. Mereka harus lihat semua negeri,” katanya kepada FMT.

Beliau menambah kerajaan persekutuan sebenarnya boleh mendapatkan penjelasan undang-undang tentang isu tanah Orang Asli menerusi penasihat undang-undang negeri.

“Kelantan sudah wartakan kawasan rayau Orang Asli, dan tanah-tanah sekitarnya milik kerajaan negeri, jadi tidak timbul soal ceroboh,” katanya.

“Saya pelik sebab kita ada penasihat undang-undang negeri dan jika ada apa-apa isu boleh bincang dengan peguam negara.”
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan