Header Ads

ads header

Flash News

Kayveas buat kejutan tarik diri tanding PRK Cameron Highlands



CAMERON HIGHLANDS:Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas hari ini mengumumkan menarik tarikh diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands.

Beliau membuat kejutan itu setelah muncul di pusat penamaan calon, SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata di sini kita-kira jam 9.35 pagi bersama 100 penyokong.

“Saya umum tidak bertanding dalam PRK kali ini. Saya menyokong Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada media.

Dalam satu kenyataan bertulis yang dilihat oleh FMT, Kayveas berkata, beliau menyertai politik untuk membuat perubahan dalam masyarakat dan pada tahun-tahun terakhir bersama kerajaan sebelum ini beliau berjuang untuk menghapuskan dasar berasaskan kaum kerajaan BN, tetapi tidak berjaya.

Katanya, beliau juga melihat bagaimana agama semakin diguna dan disalahgunakan tanpa mengira kerosakan yang disebabkannya, selain unsur rasuah dalam pentadbiran lepas menghakis jiwa dan jati diri Malaysia.

“Atas sebab inilah saya membuat keputusan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas dan menyokong Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu katanya, apabila beliau mengumumkan niat untuk bertanding di Cameron Highlands sebelum ini adalah kerana beliau dilahirkan di daerah itu dan merupakan tempat beliau membantu pelbagai komuniti yang menjadi penduduk Cameron Highlands.

“Tetapi pada hari ini, saya mahu jelaskan supaya tidak ada lagi ruang untuk salah tafsiran, saya adalah penyokong Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kekuatan dan kebijaksanaan perdana menterilah yang akan membawa kita keluar daripada kerosakan yang ditinggalkan oleh rejim lama,” katanya.

Setakat ini, 4 orang menyerahkan borang pencalonan bagi PRK Cameron Highlangs, iaitu calon PH, M Manogaran; calon BN, Ramli Mohd Nor dan 2 calon Bebas, Sallehuddin Ab Talib dan Wong Seng Wee.

Tarikh membuang undi ditetapkan pada 26 Jan ini, sementara undi awal pada 22 Januari.

Pada 4 Jun lepas, M Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan keputusan pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 9 Mei lalu yang dimenangi oleh Datuk C Sivarraajh dari MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berikutan itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan tersebut terbatal kerana terdapatnya amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada 28 Dis, mengesahkan keputusan mahkamah itu, sekali gus mengisytiharkan Sivarraajh tidak layak bertanding dalam PRK yang bakal diadakan.

Sivarraajh, yang menghadapi persaingan 5 penjuru pada pilihan raya umum lepas memenangi kerusi itu dengan mendapat 10,307 undi, manakala Manogaran meraih 9,710.


MR :  Rakyat ada peluang untuk tunjuk sikap kepada PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Eloklah tak bertanding kot kalah teruk kang malu. Hnag nak sokong mana ikut hang lah. Ini negara demokrasi....jangan ugut tok batin dah la.

    BalasPadam