Header Ads

ads header

Flash News

Bekas ahli Parlimen: Polis salah guna kuasa siasat kritikan jaket anak Guan Eng


GEORGE TOWN: Seorang bekas ahli Parlimen mendakwa polis “menyalahgunakan kuasa” untuk menyiasatnya atas satu catatan Facebook beliau mengkritik pakaian anak seorang menteri.

Bekas ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata beliau sedia berdepan sebarang saman sivil difailkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, tetapi membantah tindakan polis terhadapnya.

Tan sebelum ini mempertikaikan anak Lim memakai jaket berjenama dalam cuaca panas, sedangkan akar umbi DAP sibuk menjual buletin parti, The Rocket.

Hari ini, Tan menyifatkan “pelik” polis menyiasat kes yang didakwa membabitkan kenyataan fitnah.

Katanya, isu itu boleh diselesaikan melalui saman sivil.

“Bagaimana polis boleh terbabit dalam perkara seperti ini? Ini jelas kes penyalahgunaan kuasa polis yang bertindak dalam perkara yang boleh diselesaikan melalui saman sivil,” katanya kepada FMT.

Tan juga tidak bersetuju dengan cadangan seorang peguam yang polis menyiasatnya di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi fitnah jenayah.

Katanya, fitnah jenayah biasanya membabitkan kes jenayah yang dibawakan kerajaan terhadap seorang individu.

Lim berkongsi sekeping gambar Lim dan keluarganya menaiki pesawat ke Australia. Pengguna media sosial kemudiannya memuji Lim memilih kelas ekonomi.

Dalam gambar itu, anak Lim dilihat memakai apa yang kelihatan seperti jaket Givenchy.

Ia disertakan satu tangkap layar daripada kedai atas talian menjual pakaian berjenama yang meletakkan harga jaket Givenchy pada £1,180 (RM6,200). Bagaimanapun, tidak diketahui jika jaket dipakai anak Lim sebenarnya berjenama Givenchy.

Terdahulu, peguam SN Nair dilaporkan berkata, catatan Tan mungkin fitnah yang bermaksud sindiran kerana beliau “membayang dan mengatakan” anak Lim memakai jaket berjenama mahal, ketika Lim dan keluarganya memilih kelas ekonomi.

Katanya, ini boleh menimbulkan persepsi umum yang Lim terbabit dalam “sandiwara politik” dan berlagak.

Bagaimanapun, peguam lain berkata, tindakan polis ialah satu penghinaan terhadap kebebasan bersuara.


MR :  Bila dapat kuasa, mula nak tunjuk lagak dan sombong


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan