Header Ads

ads header

Flash News

Zahid serah tugas presiden Umno kepada Mohamad Hasan


PETALING JAYA: Datuk Seri Zahid Hamidi malam ini mengumumkan dia menyerahkan tugas-tugas presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, ditengah-tengah desakan dalam partinya yang mahu beliau meletak jawatan.

Zahid memulakan kenyataan medianya dengan berkata “Umno wajib diselamatkan dari rebah” dan menambah parti Melayu itu boleh bangkit semula jika ahli bersatu padu.

“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden.

“Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun,” katanya.

Perkembangan ini menyusuli desakan daripada beberapa pihak dalam parti yang mahu beliau berundur selepas beberapa pemimpin negeri dan wakil-wakil rakyat meninggalkan Umno.

Terdahulu, sayap Pemuda menyarankan Zahid bercuti sehingga kes perbicaraan rasuah selesai. Beliau sekarang ini menghadapi 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, 27 pengubahan wang haram dan 8 pertuduhan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dilapor sedang menyiasat aduan salah laku dalam pemilihan presiden Umno pada Jun.

Zahid dalam kenyataan malam tadi berkata dia merasai keresahan segelintir pimpinan Umno kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan seperti yang dialaminya.

“Demi keutuhan Umno dan demi kepentingan pimpinan di semua peringkat, terutama Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun serta Umno bahagian-bahagian, langkah-langkah menyelamatkan situasi tersebut harus dilakukan segera.

“Saya harap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan saya mahu kepimpinan di peringka akar umbi fokus memperkukuhkan parti,” katanya.

Bercakap kepada pemberita, Zahid menafikan dia menyerahkan tugas kepada Mohamad kerana desakan pihak tertentu, mengatakan dia mengambil “jalan tengah” untuk menyelamatkan Umno dan menyekat penghijrahan keluar ahli-ahlinya.

“Jika benar saya menjadi punca utamanya maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah sebaik-baiknya untuk saya berikan kepercayaan kepada Mohamad,” katanya.

Beliau berkata tindakan ini selaras dengan perlembagaan parti.

“Mohamad ada kuasa penuh presiden dalam tempoh tertentu,” katanya, dan menambah bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan memikul tanggungjawab presiden sehingga “beliau yakin saya boleh teruskan tugas dan tanggungjawab itu”.

MR :  Bolehkah UMNO diselamatkan?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Di harap dibawah Mohamad Hasan UMNO lebih Islamik dan dapat berkerjasama dengan PAS dalam perkara yang menguntungkan Islam dan rakyat.

    BalasPadam
  2. biarlah pelapis yg muda2 ambik alih bahagian di seluruh negara..fresh dan bebas dari kroni dan rasuah

    BalasPadam