Header Ads

ads header

Flash News

Rupanya PH takut usaha penyatuan PAS-UMNO... Apa kata orang UMNO pula


Akhbar NST hari ini menyiarkan satu rencana bahawa 98% daripada 48 orang ahli parlimen UMNO telah bersedia untuk menyingkirkan DS Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO. Alasannya ialah DSZH sedang berdepan dengan berbagai tuduhan.

Rencana itu juga menyiarkan kenyataan seorang penganalisa politik bahawa KJ berkemungkinan akan dipilih mengganti beliau.

Pada pandangan saya, rencana yang ditulis oleh Tasnim Lokman ini berniat jahat dan ia perlu dilihat sebagai satu usaha untuk menggugat kestabilan UMNO dan membunuh pakatan UMNO-PAS yang sedang dalam peringkat bertatih.

Di manakah KJ dalam perhimpunan Melayu kelmarin? Mampukah permuafakatan UMNO-PAS dibentuk sekiranya KJ menerajui UMNO? Tuan-tuan sendiri tahu jawapannya.

Jelas, ada pihak yang sedang merancang untuk memecahbelahkan perpaduan Melayu yang sedang dibentuk. Orang-orang Melayu khususnya ahli-ahli PAS dan UMNO wajib sedar tentang muslihat “pecah dan perintah” yang sedang disusun oleh pihak kafir harbi dan Melayu munafik.

Sungguhpun DSZH sedang berdepan dengan berbagai dakwaan, ianya belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Perpaduan Melayu melalui permuafakatan UMNO-PAS perlu terus dipupuk dan diberi keutamaan. Pemimpin datang dan pergi tetapi perpaduan umat Melayu Islam wajib dikekalkan.
FB
Hanafi Ali


MR :  Hanya bentuk gabungan pembangkang yang kuat berteraskan Melayu, pasti PH yang kencing rakyat boleh ditumbangkan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sekiranya perilaku kepimpinan UMNO begitu, penyokong UMNO boleh meletakkan kepercayaan kepada NGO Islam dan PAS untuk terus mempertahankan Islam dan Melayu.

    BalasPadam