Header Ads

ads header

Flash News

Mokhtar Senik dilarang ceramah di masjid Pokok Sena


Disifatkan sebagai seorang yang sering menimbulkan kontroversi, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mohktar Senik dihalang daripada menyampaikan ceramah di sebuah majlis dalam daerah Pokok Sena, Kedah.

Pegawai Agama Daerah Pokok Sena, Syeikh Ahmad Shukri Mohamed ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pihaknya mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pihak pengurusan Masjid Sungai Durian, Mukim Bandar Pokok Sena berhubung larangan tersebut.

Menurutnya, ceramah oleh Mokhtar dijadualkan berlangsung esok selepas solat Jumaat, namun pihak pengurusan tidak memohon kebenaran daripada Pejabat Agama Daerah Pokok Sena.

"Memandangkan wujud kontroversi terhadap penceramah tersebut yang berlegar di media sosial, program tersebut dilarang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, notis larang tersebut tular di media sosial sejak semalam.

Syeikh Ahmad berkata, pihaknya juga kesal susulan pihak pengurusan tidak berbincangan dan memaklumkan terlebih dahulu mengenai program itu.

"Kita ada prosedur biasa, setiap program perlu buat permohonan dengan mengisi borang yang disediakan.

"Penceramah yang dijemput pula seorang yang didapati mempunyai kontroversi dan saya sebagai penjawat awam hanya menjalankan tugas sewajarnya, " jelasnya.

Tambah beliau, notis itu dibuat mengikut Kaedah Bagi Mengawal Perjumpaan Agama (masjid dan sekolah agama) 1981 Kedah Darul Aman.

Justeru katanya, Mokhtar yang juga anggota jawatankusa PAS Pusat dilarang dan ditegah daripada berceramah di masjid tersebut atau mana-mana masjid, surau dan sekolah agama di daerah Pokok Sena.

MR :  Fitnah dibuat akhir tercucuk juga, agaknya akhirat nanti bagaimana nak menjawab disisi ALlah?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. ingatkan dah cukup liberal

    Fat Wa syiah dicadang di U-turn kan

    rupa-rupanya tidak, tidak cukup liberal

    kalau SWJ pun tidak dapat lampu hijau

    macam mana lah syiah akan dapat lampu hijau?

    BalasPadam
  2. Nampaknya ph semakin panas punggung dengan UMS kerana puak-puak ni dah tiada hujah untuk menjawab persoalan yang UMS lontarkan.

    Inilah hasil daripada pengkhianat mereka terhadap Islam demi sedikit upah dari musuh Allah SWT, DAP laknatullah. Hati mereka semakin gelap dan akal semakin bercelaru hasil dari makanan dan melanggar sumpah mereka terhadap Allah SWT... Wallahualam

    BalasPadam
  3. Pakatan adalah kepala bapak hipokrit kerana dahulu di waktu pakatan menjadi pembangkang, pakatan mendabik dada kononnya pakatan memperjuangkan hak kebebasan bersuara tetapi sekarang pakatan pula yang buat u-turn dengan menindas hak kebebasan bersuara ustaz Mohktar Senik !!!

    Pakatan bercakap tidak serupa bikin !!!

    BalasPadam