Header Ads

ads header

Flash News

Magik : Tiba-tiba defisit Tabung Haji hilang – Najib


Tiba-tiba, kita diberitahu bahawa Tabung Haji (TH) mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut-turut walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun.

Maka, aset TH bernilai RM19.9 bilion dijual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset-aset ini.

SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset-aset TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5% setahun untuk 7 tahun.

Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak – bermakna ianya hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu.

Pakar kewangan kata: Sukuk dan RCPS-I itu “not guaranteed, not-traded and not rated.”

Tiba-tiba, TH tidak lagi mengalami defisit.

Bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.

Tetapi bila aset yang sama ini di bawah nama SPV, maka TH tidak lagi ada defisit.

Magic.

Najib Razak

MR :  Bukan hilang tapi nak diputar belitkan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Banyak cara buat keuntungan dan paling bersih ialah dengan cara berniaga. Itulah kefahaman yang ada.

    Kalau keuntungan diperoleh menerusi perkiraan di atas kertas, tidak nampak tang mana bersihnya.

    BalasPadam
  2. Pening dgn PH ni banyak sgt kletop klepet.

    BalasPadam