Header Ads

ads header

Flash News

Jaringan awal Vietnam ‘musnahkan’ Malaysia


KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui jaringan awal oleh pasukan Vietnam seakan ‘memusnahkan’ segala perancangan yang direncanakan beliau dalam aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dengan Vietnam, malam ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh di sini, Malaysia menggigit jari setelah terlepas peluang terbaik untuk merangkul kejuaraan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara itu selepas tunduk 0-1 kepada pasukan tuan rumah, sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya kecundang 2-3 menerusi kiraan agregat.

Katanya, tiga kali melakukan kesilapan dalam tiga perlawanan bertemu Vietnam pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

“Memang saya sedar, tiga kali bertemu Vietnam, kita dibolosi dengan jaringan awal. Apabila terjadi pada malam ini, ia sedikit-sebanyak menggangu keyakinan pemain untuk bermain.

“Pada perlawanan sebelum ini kita berjaya melakukan ‘come-back’, tapi pada kali ini pemain tidak dapat menjaringkan gol dan beberapa peluang yang ada pun tidak dapat disempurnakan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Jaringan tunggal Vietnam malam ini dijaringkan oleh Nguyen Anh Duc pada minit keenam yang melakukan rembatan di dalam kotak penalti dan gagal ditepis oleh penjaga gol skuad negara, Farizal Marlias.

Keputusan itu menyaksikan Vietnam muncul juara buat kali kedua selepas 2008 manakala Malaysia pula meraih kejuaraan pada edisi 2010.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan berkenaan seri 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu. - Bernama



MR : Jangan ada penyokong Malaysia, lompat menjadi penyokong Vietnam pula!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Atas padang 11 pemain, luar padang pemain ke 12 dan imbuhan adalah pemain ke 13.

    Janji PH bukan kitab kalau di terjemahkan jadi 'imbuhan PH bukan kitab'.

    Secara tidak langsung mengurangkan keberkesanan pemain ke 13 dan ke 14.

    Bila 11 lawan 14 pemain, lojiknya pasukan lawan dengan 14 pemain senang2 raih kemenangan.

    BalasPadam