Header Ads

ads header

Flash News

Jangan Gelak -- Ratusan warga tempatan hadiri sambutan Hari Hak Asasi Manusia


PETALING JAYA: Ratusan warga tempatan menghadiri Sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), di Padang Timur, di sini, hari ini.

Acara sambutan itu yang bertemakan ‘Memperjuangkan Hak Asasi Manusia’ atau #StandUp4HumanRights bermula kira-kira jam 10 pagi dan dijangka berakhir pada jam 3 petang.

Selain ucapan pembukaan oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail, majlis itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan termasuk tarian sewang oleh Kumpulan Orang Asli Pulau Carey.

Dalam usaha menarik kehadiran pengunjung, penganjur juga menyediakan beberapa gerai pameran mengenai hak asasi manusia.

Kelmarin, Razali mengumumkan sambutan itu yang sepatutnya diadakan semalam, ditangguhkan pada hari ini atas faktor keselamatan.

Beliau berkata walaupun kecewa, pihaknya akur terhadap nasihat yang dikeluarkan oleh pihak polis dan Pejabat Perdana Menteri.

“Saya dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) supaya menangguhkan sambutan berkenaan atas faktor risiko keselamatan.

“Namun saya tidak diberi maklumat lanjut berhubung risiko yang akan berlaku. Sebelum ini kami tidak mendapat sebarang ugutan atau ancaman,” katanya.

MR :  Mahathir awal-awal dulu nak datang tapi kini nampak main dengan polis untuk batal..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Kerja diorang siapa sponsor?

    BalasPadam
  2. Pemimpin-pemimpin sohowcome terdiri dari puak munafik liberal dan puak kafir harbi yang menjadi alat musuh Islam antarabangsa untuk merektifikasikan ICERD untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuklah hak kaum Melayu.

    Puak sohowcome ini tidak memperdulikan hak umat Islam yang dicabul oleh puak kafir dll seperti kes perebutan anak di antara bapa Muslim dan ibu kafir dll.

    Sebaliknya, puak sohowcome lebih cenderung untuk bersuara apabila hak kafir konon dinafikan.

    Puak sohowcome ini berceramah pong pang pong pang memperjuangkan ICERD tetapi mereka tidak mempedulikan hak umat Islam dan hak agama Islam yang sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir.

    Dan puak sohowcome ini sengaja melakukan provokasi dengan menjadualkan perhimpunan sohowcome pada tarikh perhimpunan umat Islam menentang ICERD.

    Kita rasa nak ketawa pun ada, rasa kasihan pun ada melihat perhimpunan sohowcome dihadiri oleh 100 peserta sahaja.

    Inilah lawak 2018 di mana puak sohowcome berlagak bodoh sombong hanya berjaya mengadakan perhimpunan nyamuk untuk melawan perhimpunan mega umat Islam menentang ICERD.

    BalasPadam