Header Ads

ads header

Flash News

Caj Wad Kelas Ketiga Percuma Mulai Tahun Depan


KUALA TERENGGANU, 17 Disember - Caj Percuma Wad Kelas Ketiga di Hospital Kerajaan akan berkuatkuasa mulai Januari tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Haji Alias Razak ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, mulai tarikh tersebut pihak hospital kerajaan dijangka akan membuat tuntutan kepada Pejabat Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar di Wisma Darul Iman di sini setiap bulan bagi caj berkenaan yang tidak berbayar.

Katanya, segala caj berkaitan akan dibayar kerajaan mengikut peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2019 sebagaimana dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya kerajaan negeri sedang menyiapkan draf perjanjian persefahaman (MoU) dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) bagi membolehkan janji manifesto Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) itu dilaksanakan.

"Draf cadangan MoU itu berada di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri di Wisma Darul Iman dan dijangka akan diluluskan dalam bulan ini juga," jelas beliau.

Dalam Bajet 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM17 juta termasuk untuk menyediakan perkhidmatan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan.

Sementara itu ketika bercakap di sebuah stesen radio Terengganu di sini hari ini beliau berkata kerajaan negeri memerlukan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun untuk membayar caj tersebut.

Katanya, ini seolah-olah kerajaan menjadi panel kepada pesakit dari kalangan seluruh rakyat Terengganu yang dikenakan caj wad berkenaan.

"Kos caj rawatan untuk semua rakyat Terengganu sama ada miskin atau kaya dari wad berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan negeri," jelasnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan negeri tiada hak (kuasa) untuk menghapuskan bayaran caj tersebut tetapi boleh membayarnya bagi pihak pesakit kerana bayaran itu ditetapkan oleh KKM.

"Cuma apa yang kerajaan negeri boleh buat ialah kerajaan membayar bagi pihak pesakit yang dikenakan caj berkenaan di hospital kerajaan.

"Jumlah yang kerajaan anggarkan untuk memberi kemudahan bagi seluruh rakyat Terengganu yang dimasukkan ke wad kelas ketiga percuma ialah sebanyak lebih kurang RM5 juta setahun," ujarnya.

MR :  Tahniah kepimpinan PAS Terengganu, Jika PH tak mungkir janji untuk royalti Kelantan, kita lihat rakyat Kelantan akan dapat manafaat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan